KLIA2 LEGASI NAJIB RAZAK

100
SHARES
322
VIEWS

Lapangan terbang KLIA2 diluluskan oleh bekas Perdana Menteri keenam Dato’Sri Mohd Najib Tun Razak pada tahun 2009 dan dibuka secara rasmi pada Jun 2014. Projek ini pernah mencetus kontroversi besar ketika itu kerana pihak sebelah sana yakni pembangkang ketika itu sebegitu kuat mengkritik.

Antara kritikan mereka ketika itu ialah;

1. Kenapa KLIA2 perlu begitu besar dan begitu mewah?

2. Kapasiti 30 juta penumpang setahun sudah memadai, kenapa perlu 45 juta iaitu lebih besar berbanding kapasiti 30 juta bagi KLIA 1?

3. Kenapa perlu laluan pejalan kaki yang bergerak, sistem bagasi automatik, pusat membeli-belah, lounge premium dan empat hotel?

4. Kenapa perlu jambatan udara (aerobridge)? Ramp jalan kaki seperti LCCT sudah cukup.

5. Kenapa KLIA2 tidak dibina di Labu, Negeri Sembilan?

Akhirnya, keputusan Najib terbukti tepat kerana;

1. KLIA2 sangat selesa, efisyen dan bertaraf dunia.

2. Jumlah penumpang KLIA2 sudahpun mencecah 30 juta iaitu 33.1 juta (berbanding 29.2 juta bagi KLIA1) pada tahun 2019 sebelum pandemik.

3. Lanjutan KLIA ekspress dari KLIA1 ke KLIA2 sangat memudahkan dan adalah bukti bahawa lokasinya tepat.

4. MAHB yang menanggung kos pembinaan KLIA2 sudahpun memperolehi pulangan yang besar setiap tahun dari projek ini.

Akibatnya, pihak sebelah sana yang berterusan mengkritik sebelum ini berhenti mengkritik beliau sebagai bodoh dan boros sejak KLIA2 dibuka.

Hakikatnya, legasi bekas Perdana Menteri keenam itu terus mengharumi negara dan ‘membantu’ rakyat serta negara walaupun kini beliau terpenjara. Seperti mafhum hadis, satu orang yang membantu orang lain di dunia maka Allah akan membantunya di dunia serta di akhirat.

Janji Allah itu pasti dan semoga beliau terus kekal tabah, sabar dan reda dengan ujianNYA di dunia. Kelak Allah Taala akan memuliakan dan meninggikan darjatnya di akhirat kelak, Insya-Allah.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts