ZAM RISAU ANAK-ANAK TAHFIZ MINTA SEDEKAH

369
SHARES
2.2k
VIEWS

Kerisauan Tan Sri Zainuddin Maidin berasas, wajar diperhalusi dan jangan dipandang ringan oleh pihak berkaitan mengenai semakin ramai anak tahfiz meminta sedekah.

Belum lagi isu warga asing yang meminta sedekah ataupun derma yang semuanya mengambil kesempatan menipu rakyat Malaysia yang pemurah apatah lagi apabila agama didagangkan.

Pihak kerajaan jangan terlepas pandang perkara ini walaupun ulasan terkini Zainuddin Maidin di blog beliau dilihat seperti ingin melarikan isu setelah dikecam teruk oleh netizen, NGO, Mufti termasuklah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mujahid Yusuf Rawa yang menyarankan beliau membuat kajian terlebih dahulu sebelum mencadangkan sekolah Tahfiz ditutup.

Menurut beliau, langkah segera mestilah diambil bagi mencegah murid-murid sekolah tahfiz dieksploitasi menjadi peminta sedekah oleh pihak berkuasa sekolah untuk menjalankan kutipan derma bagi pembiayaan pengurusan dan kemajuan  sekolah mereka.

Hakikatnya Zainuddin Maidin menulis kerisauan beliau mengenai anak-anak tahfiz meminta sedekah ini mempunyai kebenaran kerana seolah-olah kerajaan membiarkan perkara ini sejak sekian lama.

Berikut adalah pandangan beliau mengenai isu tersebut;

“Di sebalik kenyataan Menteri Agama Dr. Mujahid Yusuf Rawa kononnya sekolah-sekolah ini telah dikawal selia, kita boleh melihat anak-anak tahfiz  berada di hadapan pintu-pintu bank, di pasar-pasar, di kedai-kedai mamak dan di tempat-tempat umum dengan membawa risalah-risalah mengenai sekolah mereka yang memerlukan bantuan atau untuk pembinaan sekolah baru tahfiz.”

Kerajaan bukan sahaja wajar memantau, namun mengambil pendekatan lebih tegas iaitu dengan mengharamkan terus sekolah menggunakan pelajar mereka mengutip derma ataupun sedekah kerana pelajar-pelajar ini dihantar untuk belajar Al-Quran bukannya dijadikan sebagai ejen untuk mendapatkan dana bagi sekolah masing-masing.

Manakala pengendali sekolah terbabit sekiranya berdegil maka mereka boleh ditangkap kerana eksploitasi kanak-kanak bawah umur kerana kita boleh melihat kadangkala sehingga tengah malam, pelajar-pelajar yang dieksploitasi ini termasuk perempuan, masih menunggu di depan bank-bank terutamanya di Kuala Lumpur dan Selangor.

Sampai bila kita ingin melihat perkara ini terus berlaku?

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts