ASYRAF WAJDI: PERKASA SEKOLAH TAHFIZ, BUKAN TUTUP

523
SHARES
1.7k
VIEWS

Tan Sri Zainuddin Maidin sebelum ini membuat kontroversi kononnya beliau ingin provokasi agar mendapat jawapan.

Sebaliknya strategi beliau memakan diri sendiri kerana pandangan beliau sangat dangkal dan sama sekali tidak logik, langsung tidak mencerminkan beliau sebagai Menteri Penerangan suatu ketika dahulu.

Tindakan beliau yang kelihatan ingin memenangi hati puak liberalisme dalam negara yang cuba meningkat naik seiring dengan kerajaan Pakatan Harapan terlihat janggal dan menongkah arus.

Kesilapan beliau apabila terlalu ghairah ingin menutup sekolah tahfiz. Apabila dikecam, beliau mempertahankan diri dengan memberi hujah yang hanya memperlihatkan kesilapan beliau semakin membesar dengan berdalih kononnya hanya ingin provokasi agar memperoleh jawapan, yang tidak menjadi.

Kemudian ditambah lagi dengan artikel terkini mengenai anak-anak tahfiz dieksploitasi, walaupun mempunyai maksud jelas namun sebenarnya tidak berkaitan langsung dengan kesilapan besar hasrat hati beliau ingin menutup sekolah tahfiz.

Apatah lagi apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa juga menempelak beliau agar membuat homework terlebih dahulu. Ini pukulan dahsyat ke muka beliau ibarat ditinju dengan pukulan TKO.

Bak kata bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki yang juga Ketua Pemuda UMNO yang baharu, iaitu pandangan tersebut amat dangkal dan tidak boleh diterima kerana ia seolah-olah mencabar keputusan Majlis Raja-Raja dan pihak berkuasa agama negeri.

“Hujah yang diletakkan untuk menghapuskan atau menutup sekolah tahfiz ini tidak kuat bahkah bagi saya amat dangkal sekali kerana pandangan mengatakan bahawa ia tidak mampu melahirkan generasi baru Islam yang baik dan seimbang,” yang menurut Dr. Asyraf, sekolah tahfiz sepatutnya diperkasa ke arah lebih baik seperti dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini dan bukan dengan cara menutupnya.

“Kerajaan BN telah merangka satu blue print yang jelas bagaimana generasi tahfiz ini kita bina, seperti generasi hufaz. Hufaz bukan sahaja hafiz 30 juzuk al-Quran tapi mereka mempunyai penguasaan disiplin ilmu dan mempunyai kemahiran dalam pelbagai aspek teknikal dan vokasional. Kita perkenal pelbagai aliran, ada profesional, aliran agama dan vokasional. Itu hasrat BN sebelum ini,” tambah beliau lagi.

Justeru adakah selepas ini seperti biasa Tan Sri Zainuddin Maidin akan menyalahkan media dengan menuduh mereka memusuhi atau anti kepada beliau sejak sekian lama? Atau mungkinkah beliau akan meminta maaf kerana khalayak tersalah tafsir maksudnya yang sebenar?

Atau beliau akan membiarkannya sahaja seolah-olah apa yang beliau katakan tidak membawa maksud apa-apa. Sememangnya pemerintahan Tun Mahathir kali ini berwarna-warni dengan rakan-rakan lamanya membuat pelbagai onar yang secara tidak langsung akan menyusahkan beliau kelak sekiranya gagal ditangani dari awal.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts