Bekas Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad mengesahkan di laman Twitter-nya bahawa bekas Setiausaha Politik beliau ditahan reman berikutan aduan oleh seorang arkitek yang memberi rasuah kepada seorang individu untuk mendapatkan projek namun ditipu kemudiannya.
Ciapan pertama:
“Bekas SU Politik saya, Hj. Azli, direman polis semalam atas aduan sebuah syarikat arkitek yang diberi DO palsu oleh seorang ‘broker’. Broker tersebut menerima ganjaran dengan menjual nama Hj. Azli yang kononnya telah mendapatkan DO berkenaan bagi pihaknya. Broker turut disiasat.“
Ciapan kedua:
“Saya tidak boleh menceritakan lebih dari itu kerana kes ini masih dalam siasatan polis. Saya diberitahu ‘broker’ berkenaan telah menerima jutaan ringgit melalui kaedah jual nama ini. Kepercayaan “cash is king” memungkinkan broker berjaya. Broker kaya, yang nama dijual teraniaya.”
Khalid juga akan dipanggil oleh pihak polis untuk membantu siasatan namun dari awal lagi beliau telah menjelaskan kes ini adalah mengenai mengenai pihak yang menyalahgunakan nama pegawainya.
Malangnya ada pihak terpedaya dengan amalan “cash is king” di zaman Pakatan Harapan yang kononnya sentiasa bersih dan suci daripada rasuah, ketidakadilan, penyelewengan dan salah guna kuasa walaupun terang-terangan kes banglo dan terowong Lim Guan Eng digugurkan walaupun sedang berjalan di mahkamah.
Ini menunjukkan ketidakadilan, rasuah dan penyalahgunaan kuasa tetap berlaku walau di zaman Pakatan Harapan dan “cakap tidak serupa bikin” kononnya mereka bersih ini memang tidak boleh dipercayai langsung.
Semoga Khalid Samad, bekas Setiausaha Politiknya dan lain-lain pihak yang akan dipanggil memberi keterangan di mahkamah kelak dapat membuktikan mereka tidak bersalah dan bukannya seperti zaman Pakatan Harapan apabila sewenang-wenangnya menggugurkan kes tanpa melalui perbicaraan yang adil dan saksama.