PMX: KALAU ‘BEST’ SANGAT, PN TIDAK SUSUN KONTRAK UNTUK ANAK, MENANTU

340
SHARES
2k
VIEWS

Dalam rangka lawatan YAB Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membantu kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) di Terengganu, di acara akhir di Hiliran, Kuala Terengganu, beliau sempat menekankan betapa tugasan memimpin negara ialah amanah yang berat dan besar.

Menurutnya, menjadi pemimpin bukan untuk fikir perut anak dan menantu, tetapi memastikan kebajikan dan hak rakyat itu terbela. Beliau juga menyebut kegagalan demi kegagalan yang dipertonton kepada rakyat selama 33 bulan di mana kini terdedah bahawa elit penguasa ketika itu mengelabui mata hati rakyat yang terjejas hidupnya dilanda wabak, dengan retorik yang kononnya mereka prihatin.

Kalau prihatin, mereka tidak tergamak sorok minyak masak. Kalau best sangat, mereka tidak susun kontrak untuk anak dan menantu di saat rakyat bergelut dengan wabak. Dan kalau betul stabil, mereka tak mungkin hanya mampu bertahan 33 bulan sahaja!

Cukuplah sekali, Perikatan Nasional,” tegas YAB Perdana Menteri. Realitinya cukup-cukuplah Perikatan Nasional diberi peluang, kerana mereka sanggup mengambil kesempatan dalam keadaan rakyat sendiri tertekan sehingga kes membunuh diri meningkat dengan drastiknya.

Sampai bila rakyat mahu tertipu lagi?

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts