GUNA KUASA, MANDAT DIBERI UNTUK BANTU RAKYAT, BUKAN DIRI SENDIRI

334
SHARES
2k
VIEWS

Dalam rangka jelajah YAB Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membantu kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) di Terengganu, beliau meneruskan jelajah kempen di Telemong, Kuala Terengganu.

Beliau tegaskan bahawa kuasa dan mandat yang diberikan mesti diterjemahkan ke arah mempertingkat kebajikan rakyat.

Saya ke mana-mana sekarang ini pasti akan bertanyakan mengenai soal tandas anak-anak kita di sekolah. Pada pertengahan Jun yang lalu saya telah meluluskan peruntukan sebanyak RM1.4 bilion bagi baikpulih tandas-tandas dan kemudahan awam di seluruh negara.”

Ketimbang Perdana Menteri sebelum ini dia pilih untuk berbelanja hampir RM40 juta di tengah pandemik hanya untuk ubahsuai kediaman rasmi Perdana Menteri yang dia sendiri tak sempat diami. Ini perbedaan ketara yang tidak mampu mereka jawab sehingga hari ini,” tegasnya lagi.

YAB Perdana Menteri juga tegaskan bahawa beliau tidak akan berganjak dari pendirian dan prinsip bahawa mahu jadi pemimpin mesti beri tumpuan soal asas sebelum bicara soal yang lebih besar.

Jangan jadi seperti Tan Sri Mahiaddin Yassin yang kejam memerintah, kerana ketika rakyat bergelut dengan kesukaran tatkala pandemik, beliau memberi kontrak kepada anak menantunya.

Lebih teruk, sanggup menyanggah titah YDP Agong untuk membuka Parlimen kerana beliau dan PAS takut isu rasuah masing-masing terbongkar.

Namun kini semuanya terdedah kerana ketika seronok makan rasuah, mereka lupa Allah Taala itu ada.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts