Oleh Anuar Shaari
1. Ada satu frasa sinis yang popular sedikit masa lalu mengenai Anwar Ibrahim. Dalam adegan itu, rakan saya mengemukakan satu teka-teki dan memulakannya dengan satu pertanyaan. “Bilakah Anwar mula berbohong?”
2. Maka keluarlah seribu satu jawapan yang difikirkan logik mengenai Anwar Ibrahim. Ada yang mengatakan bila Anwar berucap sambil memegang butang baju Melayunya. Ada juga yang meneka bila Anwar mula mendepa tangannya dan kemudiannya menghentak rostrum atau meja.
3. Malahan ada yang cuba menjawab dengan pemikiran di luar kotak. “Anwar mula berbohong apabila beliau mula bergoyang”. Saya percaya yang berkata ini merujuk kepada sikap Anwar yang sering kali menari di atas pentas bila ada majlis-majlis keramaian.
4. Namun menurut yang bertanya soalan, tiada satu jawapanpun yang dikatakan tepat untuk menggambarkan sikap Anwar. Lantas beliau memberikan jawapan yang paling tepat menurut pandangannya. Jawapan tepat menurutnya ialah “Anwar mula berbohong apabila beliau mula membuka mulutnya” (dipercayai merujuk kepada sikap Anwar yang sering memberi janji ‘bombastik’ terhadap sesuatu perkara).
5. Walaupun ceritera ini hanyalah gurauan dan mungkin juga rekaan, ia menggambarkan sikap Anwar yang sering berjanji manis bagi menarik sokongan.
6. Terbaru, bekas aktivis PKR sendiri mendedahkan Anwar (dalam pertemuan minggu lepas bersama seorang ADUN PKR mengatakan Baginda Sultan Johor merestui Anwar mengambil alih kerajaan pusat dengan syarat Mahathir tiada dalam ‘kerajaan Anwar’.
Rujuk; https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=264242731451058&id=100035959996986
Aktivis tersebut juga mengatakan Anwar mendakwa telah memperolehi 112 sokongan ahli parlimen untuk membentuk kerajaan baharu, namun hanya akan bertindak apabila jumlahnya mencapai 120 orang.
7. Tidak cukup ‘menjual’ nama Sultan Johor, Anwar turut memetik nama Tengku Hasanal pemangku Sultan Pahang dan Raja-raja Melayu yang lain.
Jika wakil rakyat PKR sendiri meragui apa yang Anwar katakan ini, kita sebagai masyarakat awam perlu lebih bijak menilai. Usah terpedaya dengan mainan politik Anwar.
8. Secara psikologinya, orang yang tidak punya sokongan akan ‘mencipta’ cerita bagi menarik sokongan yang belum ada pada dirinya. Orang yang punya kekuatan secara strateginya akan terus bertindak kerana yakin akan kekuatannya. Paling tidakpun, kekuatan tersebut tidak akan dihebohkan sementara menunggu masa yang sesuai untuk bertindak.
9. Tapi itulah Anwar, beliau gemar bergerak umpama ‘tong kosong’. Bila diketuk bunyinya kuat, namun dalamnya kosong, tiada apa-apa.
Tambahan pula, cerita Anwar ‘menjual’ nama Sultan Johor ini bukan kali pertama kita dengar. Jangan kita lupa tahun 2008, Anwar turut ‘menjual’ nama Sultan Johor konon mahu mengambil alih kerajaan pada 16 Sept 2008. Apa yang terjadi selepas itu? Anwar hanya kekal sebagai calon Perdana Menteri. Lebih teruk lagi, kini Anwar hanya bekas bakal calon Perdana Menteri. (PH masih tiada kata putus calon PM).
10. Kesimpulannya, “habuk pun takda”. Mungkin itu kata-kata paling sesuai bagi menggambarkan dongeng Anwar kali ini. Namun kita jangan sesekali alpa dengan Anwar. Beliau tentunya akan mencuba lagi selepas ini. Entah nama siapa pula akan dipetik kali ini.
Berhati-hatilah dengan manusia bernama Anwar Ibrahim. Ceritera “Anwar mula berbohong apabila beliau membuka mulut” mungkin ada benarnya.
Sultan negeri Pasir Berdengung mungkin sahaja dalam senarai beliau untuk dijual di masa hadapan….
Dipetik dari laman blog “Anuar Shaari Menulis” di pautan;
http://anuar-shaari.blogspot.com/2020/06/sultan-johor-hubungi-anwar-restu-ambil.html?m=1