RESPOND PRESIDEN ISMA TERHADAP LAPORAN POLIS KE ATASNYA

1.6k
SHARES
5.2k
VIEWS

Rupanya golongan liberal dan pro-Barat tidak suka apabila saya mencadangkan agar kuasa YDP Agong dipertingkatkan sehingga ada yang membuat laporan polis dan mengharapkan agar saya disiasat serta diambil tindakan. Saya telah mencadangkan agar kita mula berfikir ke arah bentuk sistem semi-demokrasi di mana selain dari jawatan Perdana Menteri, semua jawatan-jawatan menteri dan GLC tidak dipegang oleh mana-mana wakil rakyat tetapi oleh teknokrat dan penjawat awam sebagaimana Menteri Agama dan Menteri Kewangan kita sekarang ini.

Ini bukan suatu yang asing kerana sekarangpun sistem yang hampir seperti ini berjalan dengan pelantikan senator Dewan Negara. Ia mungkin boleh dikembangkan lagi kerana bilangan lantikan senator adalah terhad. Melalui sistem ini, ahli-ahli politik tidak lagi berebut untuk menjadi menteri tetapi sebaliknya khusus untuk menjaga kebajikan rakyat.

Saya harap perkara ini dapat diwacanakan dan dibahaskan supaya idea ini dapat dikembangkan dan dimatangkan demi masa depan negara yang lebih cerah dan stabil.

Jika cadangan-cadangan sebeginipun ada yang tidak senang sehingga mahu saya diambil tindakan kononnya kerana ‘mencabar sistem demokrasi’, maka memang tidak peliklah jika ada gerakan supaya Raja-Raja Melayu dihapuskan atau dihadkan kuasanya lagi.

Peralihan kuasa kepada Perikatan Nasional baru-baru ini akibat huru-hara politik yang berlaku, telah diselamatkan oleh kuasa Agong. Ini menunjukkan betapa pentingnya peranan Raja di Malaysia dan maka sangatlah relevan untuk dipertingkatkan serta diperkasakan lagi.

Reaksi ‘terlompat’ puak-puak ini menunjukkan kepada kita bahawa mereka suka akan berlakunya huru-hara politik, rasuah-merasuah jawatan dan sebagainya yang disebabkan oleh perebutan jawatan dan kuasa oleh ahli-ahli politik. Cadangan saya ini sebagai solusi yang boleh kita wacanakan demi kestabilan negara.

In sya Allah, kita akan terus menjunjung tinggi kuasa dan kedaulatan Raja-Raja di Malaysia ini apatah lagi dari dicabar dan diperkotak-katikkan.

Daulat Tuanku.

Wallahu’alam.

Aminuddin Yahaya

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) 19 Jun 2020

Sumber: https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2020/06/18/report-lodged-against-ngo-chiefs-semi-democracy-proposal/

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts