Sila tabayyun dahulu jika ada yang merasakan ada kemusykilan mengenai peratus tertinggi paling ramai yang mencerca status video ucapan Tun Mahathir melantik Shafie Apdal sebagai Perdana Menteri ke-9. Bilangan pencerca terlalu tinggi seolah-olah menggambarkan betapa rakyat sudah mual dengan karenah isu siapa yang patut jadi PM dan siapa pula TPM, kemelut perbahasan ini dari satu perspektif seperti sengaja dimain-mainkan oleh pimpinan Pakatan Harapan.
2. Kekalutan isu ini bagai hendak menunjukkan yang parti dari PH ini tidak peduli langsung soal permasalahan negara dan rakyat. Bagi golongan ini, agenda utama mereka ialah mesti menentukan siapa yang patut jadi PM dan TPM. Hal ini diratib dengan begitu asyik sekali oleh ahli-ahli PH sendiri, baik di pejabat-pejabat operasi hingga ke gerai-gerai kopi. Hal ini tidak boleh dinafikan kerana kebanyakan kumpulan-kumpulan sosial media PH baik di Whatsapp atau Facebook, isu ini hangat diperbualkan dengan berbagai persepsi, kononnya soal PM dan TPM adalah perbahasan intelektual yang sangat penting. Padahal negara sudah ada Perdana Menteri; YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan sudah ada sampai 4 orang Menteri Kanan yang menggantikan kerja TPM.
3. Begitu juga rata-rata dalam group PH baik dalam parti manapun: PKR, DAP, Amanah atau Bersatu Plus, isu pertembungan antara Tun Mahathir dengan Anwar Ibrahim menjadi topik utama. Senarai di bawah sebagai bukti konflik sesama mereka yang tiada berkesudahan:
Anwar berganding dengan Mahathir terajui PH: https://selangorkini.my/2017/07/gandingan-anwar-mahathir-terajui-pakatan-harapan/
Anwar Ibrahim dakwa mempunyai cukup sokongan Ahli Parlimen: https://mykmu.net/2019/07/18/saya-sudah-ada-bilangan-ahli-parlimen-yang-mencukupi-anwar-beri-amaran-kepada-siapa/
Mahathir sedia serah kuasa pada Anwar tapi selepas APEC: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/12/637344/dr-m-sedia-serah-jawatan-kepada-anwar-selepas-apec
Mahathir letak jawatan sebab tidak mahu Anwar jadi PM: http://www.astroawani.com/berita-politik/tun-mahathir-letak-jawatan-kerana-tidak-mahu-beri-jawatan-pm-kepada-anwar-syed-ali-247574
Mahathir Mohamed dakwa mempunyai 130 kerusi: https://www.hmetro.com.my/utama/2020/02/547638/130-kerusi-memihak-tun-m-metrotv
Anwar dakwa Mahathir sudah tinggalkan PH: https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2020/02/27/mahathir-tinggalkan-pakatan
Mahathir letak jawatan sebab merajuk: https://www.malaysia-today.net/2020/03/08/kenapa-ph-tak-sabar-hingga-buat-dr-mahathir-merajuk/
Anwar tidak percaya pada Mahathir lagi: https://www.kompas.com/global/read/2020/03/22/144342670/anwar-ibrahim-mengaku-sudah-tak-percaya-mahathir
https://mindarakyat.blogspot.com/2020/03/mahathir-penipu-saya-sekarang-tidak.html
Mahathir dan Anwar bekerjasama semuapun: https://berita.mediacorp.sg/mobilem/dunia/dr-mahathir-anwar-setuju-kerjasama-untuk-kembalikan-kuasa-ph/4444064.html
Mahathir mahu Mukhriz jadi PM: https://pakdin.my/mahathir-mahu-mukhriz-menjadi-perdana-menteri/
Mahathir dan Anwar berganding semula lawan Najib: https://www.beritaharian.sg/dunia/tun-m-anwar-kembali-berganding-untuk-kembali-kuasa-pakatan-harapan
Mahathir dan Anwar ada cukup nombor untuk menjatuhkan TS Muhyiddin: https://shahbudindotcom.net/2020/05/27/tun-m-dan-anwar-sudah-ada-cukup-nombor-untuk-jatuhkan-muhyiddin.html
Anwar derita kerana Mahathir:
https://sarawakvoice.com/2020/06/22/mahathir-mahu-jadi-pm-lagi-anwar-terus-tanggung-derita/
Berapa lama Mahathir mahu Anwar menderita?
https://mforum1.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1205001&mobile=2
Mahathir bantu pengampunan Anwar: https://www.malaysia-today.net/2020/06/26/tanpa-bantuan-mahathir-anwar-masih-dalam-penjara/
Dr Mahathir dakwa PH sukar rampas Putrajaya jika Anwar jadi calon PM kerana ramai musuh: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/06/27/dr-m-dakwa-ph-sukar-rampas-putrajaya-jika-anwar-jadi-calon-pm-kerana-ramai-musuh/
Mahathir kena tekan serah kuasa pada Anwar: http://www.astroawani.com/berita-politik/nama-tun-m-rosak-jika-tak-serah-jawatan-pm-pada-anwar-kata-ahli-dap-perak-229534
Mahathir mahu Shafie Apdal sebagai PM: https://www.sinarharian.com.my/article/89693/BERITA/Politik/Tun-M-mahu-Shafie-Apdal-jadi-PM
Akhir sekali Mahathir dan Anwar masing-masing mendakwa mereka ada “numbers”. Masing-masing sepatutnya jadi Perdana Menteri, dan terbaru Tun Mahathir menamakan Shafie Apdal pula sebagai Perdana Menteri.
4. MUAFAKAT amat kecewa dengan tahap kualiti kedua pemimpin ini berfikir dan bertindak dalam perjuangan politik mereka. Ucapan-ucapan mereka berdua hanya berkisar dua isu iaitu mengenai PM dan TPM. Dari pagi sampai malam mereka hanya memikirkan bagaimana mahu rebut pangkat dan kuasa. Lebih mendukacitakan kedua-duanya mengheret ahli-ahli dan juga rakan sekutu parti mereka terperosok dalam gaung sempit memikirkan isu ini.
5. Kalutnya pemimpin PH ini ketika negara sedang berhadapan dengan wabak Covid-19 dan bakal berdepan dengan masalah ekonomi jika gagal mengatasinya dalam waktu terdekat ini. Ahli politik dari pihak pembangkang sepatutnya menghentikan segera perbuatan meracuni minda rakyat dengan mainan politik siapa PM dan siapa TPM. Semua ini mengarut dan membazirkan masa sahaja.
Haji Rashidi Bin Haris
Ketua Media MUAFAKAT
Ketua Komunikasi & Multimedia PEMBELA