KENYATAAN PUTRA MENGENAI PENGAKUAN KERAJAAN BERKAITAN ‘PENGIKTIRAFAN SEBAHAGIAN’ UEC

448
SHARES
2.6k
VIEWS

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 

1. PUTRA merujuk kepada kenyataan media YAB Perdana Menteri bertarikh 19 Julai 2020 terutamanya di perenggan kedua kenyataan tersebut yang mengaku Kerajaan Persekutuan telah memberikan “pengiktirafan sebahagian” (partial recognition) kepada lepasan UEC untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan ( Bahasa Cina) di IPGM.

2. Kenyataan rasmi YAB Perdana Menteri ini adalah merbahaya dalam konteks ianya adalah bertentangan dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan serta mengancam kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.

3. Penggunaan istilah “pengiktirafan sebahagian” itu adalah satu kesilapan besar Pejabat YAB Perdana Menteri dan PUTRA dengan tegas mendesak YAB Perdana Menteri meminda kenyataan media tersebut dan menarikbalik perkataan “pengiktirafan sebahagian” berkenaan.

4. Ini kerana Sistem Pendidikan Kebangsaan, Akta Pendidikan 1996 dan Perlembagaan Persekutuan tidak pernah memberikan sebarang bentuk pengiktirafan terhadap apa-apa sistem peperiksaan asing yang tidak termasuk dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan.

5. Jadi sekiranya Kerajaan PH terdahulu yang dikuasai oleh DAP telah meluluskan kemasukan graduan UEC ke IPGM, ini tidak sama sekali bermaksud Kerajaan Yang DiPertuan Agung telah memberikan pengiktirafan sebahagian malah istilah yang tepat hanya memberikan “pelepasan bersyarat” tetapi bukannya “pengiktirafan sebahagian”. 

6. Bagaimana mungkin wujud keadaan “pengiktirafan sebahagian” berkenaan dalam situasi hanya untuk kuota 20 tempat setahun di IPGM untuk subjek Bahasa Cina di sekolah.

7. Ada beribu tempat lagi di IPGM untuk puluhan subjek yang lain yang langsung tidak menerima kemasukan lulusan UEC, jadi dari mana kelayakan untuk dikatakan polisi itu sebagai “pengiktirafan sebahagian”?

8. Tafsiran ‘sebahagian’ adalah tidak tepat jika ia sekadar 1 peratus dari keseluruhan kemasukan ke IPGM. Kerajaan dahulu yang telah tumbang sendiri memang selalu silap kira, silap titik perpuluhan dan 1 peratus pastinya bukan sebahagian.

9. Jika kenyataan media YAB Perdana Menteri ini tidak diperbetulkan, pastinya Dong Zhong bersorak gembira kerana usaha mereka selama ini telah diakui oleh YAB Perdana Menteri mendapat “pengiktirafan sebahagian” oleh Kerajaan.

10. Jika YAB Perdana Menteri tidak memperbetulkan semula kenyataan media ini, PUTRA akan mengambil tindakan lanjut bersama-sama rakyat.

Sekian terima kasih.

PUTRA PERKASA NEGARA

#RasisBerpelembagaan

Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz

Naib Presiden

Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA)

19 Julai 2020

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts