KESENIAN TIDAK MENGHALALKAN KEBIADABAN

502
SHARES
3k
VIEWS

Adakalanya kita sebagai rakyat tertanya-tanya tahap melampau yang bagaimana baru boleh dikategorikan perlakuan seseorang itu sebagai ‘biadab’? Adakah boleh ditahan dan dikenakan hukuman atas kebiadabannya itu?

2. Sebelum inipun negara telah disajikan dengan kebiadaban melampau dari laman palsu Sarawaknews yang membuat berbagai lakaran ‘superimpose‘ yang amat keji terhadap wajah Raja-Raja Melayu (RRM) dan juga Yang Di-Pertuan Agong dalam berbagai rupa, ada yang dirupakan seperti anjing, beruk, dan paling menyakitkan hati dirupakan dengan seekor babi.

3. Semua propaganda keji ini berlaku bertubi-tubi sejak dua menjak ini terutamanya sebelum PRU-14 dan semakin menjadi-jadi selepasnya, seolah-olah menggambarkan pelaku tidak perlu berasa takut dikenakan tindakan sebab sudah ada kuasa di belakang yang akan melindungi perbuatannya itu daripada dikenakan hukuman berat.

4. Dan ini tidak dinafikan apabila penghina Nabi yang melakar gambar Baginda Rasulullah SAW bersama Sayyidatuna Aishah hanya dikenakan denda sepuluh ribu ringgit dan penjara 7 bulan sahaja.

Rujuk sini: https://www.sinarharian.com.my/article/17408/BERITA/Mahkamah/Hina-Islam-Rasulullah-Penganggur-dijel-7-bulan-denda-RM10000

5. Penghina DYMM Yang Di-Pertuan Agong pula sebelum inipun hanya dikenakan tindakan 10 bulan penjara, semua hukuman ini terlalu ringan. Sepatutnya institusi RRM mestilah dijaga daripada sebarang bentuk penghinaan terutama daripada kalangan rakyat negara kita sendiri. Ini kerana penghinaan terhadap RRM atau YDPA adalah merupakan perlanggaran kepada Rukun Negara iaitu KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA.

Rujuk sini: http://utusanborneo.com.my/2020/07/06/ulangi-kesalahan-hina-agong-pekerja-kilang-hanya-tersenyum-dipenjara-10-bulan

6. Golongan kiasu berusaha melakukan berbagai bentuk provokasi menghina Raja-raja Melayu sekerap yang boleh supaya masyarakat atau rakyat dari kalangan orang Melayu terbiasa dengan keadaan penghinaan ini. Bagai peribahasa Melayu dahulu: “alah bisa, tegal biasa”, lama kelamaan orang Melayu tidak peduli jika Raja-raja Melayu dihina.

7. Sedangkan dua bangsa besar dalam negara selain Melayupun sudah kehilangan raja di tanah besar asal-usul mereka. Maruah apa lagi yang ada pada mereka? ‘Kebangsatan’ yang sudah terpalit pada muka-muka kaum pendatang yang sudah kehilangan maruah bangsa kerana menjatuhkan raja mereka sendiri akibat terpengaruh dan terpedaya dengan hasutan Barat sehingga merelakan simbol maruah dan kebanggaan bangsa itu dipersenda oleh dunia. Barat telah berjaya menjahanamkan kerajaan besar mereka dan mengkucar-kacir rakyat negara hingga berpeleseran mereka di segenap dunia tanpa maruah.

8. Hari ini sekumpulan kecil yang masih belum sedar dan belum boleh menerima hakikat bahawa mereka sudah menjadi bangsa yang bangsat dan suatu ketika menagih simpati mohon menumpang di Semenanjung Tanah Melayu ini. Tetapi hari ini; mereka pula sedang berusaha menghapuskan kedaulatan dan lambang ketuanan bangsa Melayu iaitu Raja-raja Melayu dan DYMM Yang Di-Pertuan Agong.

9. Berbagai provokasi dilakukan oleh RBA mereka, agar hilang dari minda orang Melayu kecintaan mahu mempertahankan kedaulatan Raja-raja Melayu dan hak keistimewaan orang-orang Melayu. Perkara ini tidak mustahil boleh berlaku jika diteliti secara mendalam sejarah dunia luar tentang bagaimana tumbang dan lenyapnya empayar raja-raja di China dan India.

10. MUAFAKAT melihat perbuatan menayang potret bahagian belakang DYMM Yang Di-Pertuan Agong bersama dengan paparan bahagian belakang baginda Raja Permaisuri Agong, adalah perbuatan yang amat biadab, kurang sopan dan kurang ajar.

11. Dalam budaya tradisi orang Melayu perbuatan berlalu, atau minta diri, atau mengundur diri untuk beredar dengan cara membelakangkan diri terhadap seseorang khususnya Tuanku Sultan atau Raja adalah merupakan perbuatan biadab tidak menghormati kedaulatan baginda, apatah lagi jika dengan sengaja meletakkan potret bahagian belakang baginda Sultan.

12. Perbuatan seumpama ini sudah melampau, sekalipun dengan alasan ‘kesenian’. Persoalannya kenapa mesti potret baginda Tuanku, kenapa tidak potret ibu bapa ataupun ahli keluarga pelukis itu sendiri? Adakah belakang ahli keluarganya lebih mulia daripada belakang Tuanku Sultan? Di sinilah letaknya perbezaan ketara antara mereka yang punya maruah dan kedaulatan diri berbanding mereka yang telah bangsat budaya bangsanya.

13. MUAFAKAT memandang serius perkara ini dan mengesyorkan tindakan segera bagi membendung gejala biadab ini daripada melampau-lampau hingga tidak terkawal dan melarat kepada rakyat jelata tanpa had dan batasannya. Sekalipun atas nama ‘kebebasan berkarya’ atau ‘kesenian’ namun ia tetap tertakluk kepada perundangan negara dalam soal tata susila dan tidak melampau sampai kepada bebas menghina dan mempersenda sesiapa sahaja termasuk terhadap pemimpin negara.

14. MUAFAKAT mendesak kerajaan supaya bertindak dengan lebih tegas terhadap mana-mana individu yang derhaka ini, sama ada sengaja atau tidak sengaja kerana mempersenda-senda lambang dan simbol kedaulatan negara. Hukuman keras harus dikenakan dengan denda maksima dan hukuman penjara yang lama, agar perbuatan memalukan maruah negara ini tidak berulang lagi buat selama-lamanya.

Haji Rashidi bin Haris

Ketua Media MUAFAKAT

Ketua Komunikasi dan Multimedia PEMBELA

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts