Oleh Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi
Tun Mahathir dakwa, apa yang berlaku di Sabah sehingga DUN terpaksa dibubarkan adalah contoh rasuah paling buruk.
Tetapi adakah tindakan Tun memberikan jawatan Menteri Kewangan kepada Lim Guan Eng bukan rasuah?
Muhyiddin dakwa Mahathir telah berjanji lantik dia sebagai Menteri Kewangan.
Tetapi Muhyiddin terkejut, apabila Tun Mahathir umum pelantikan 4 Menteri utama terlebih dahulu, dia hanya dilantik sebagai Menteri KDN. Mahathir tipu Presiden parti dia sendiri.
Anwar bocor rahsia, ketika melawat Muhyiddin yang sedang dirawat di Singapura, Muhyiddin marah dan mahu meletak jawatan.
Mahathir tipu Muhyiddin untuk pastikan DAP tidak lari dan sokong dia jadi Perdana Menteri. Bahkan DAP dapat 6 jawatan Menteri. Itu bukan sogokan?
Kini Mahathir tuduh 13 ADUN Sabah yang belot itu disogok. Lupakah Mahathir tindakan dia menerima MP UMNO yang melompat parti. Bukankah mereka juga disogok?
Mahathir kata, rasuah kembali di Sabah kerana ia didokong oleh orang yang dahulu kuat menentang rasuah.
Tentu orang yang Tun maksudkan itu ialah Muhyiddin. Maksudnya Muhyiddin beli 13 ADUN tersebut.
Tuduhan itu dibuat kerana Hamzah Zainuddin dan Datuk Nardin, Setiausaha Politik Muhyiddin turun ke Sabah dan jumpa TYT Sabah.
UMNO Sabah nafi terlibat. Bung Mokhtar isytihar UMNO Sabah sudah sedia kembali kepada rakyat untuk dapatkan kuasa.
Inilah musibah kerajaan “majoriti hujung tanduk”. Gejala sogok bermaharajalela. Selepas ini giliran Negeri Sembilan pula.
Sebab itu bubar sahaja Parlimen. Biar rakyat pilih kerajaan majoriti kukuh.