PEMUDA UMNO DESAK PEGUAM NEGARA BUKA DAN DAKWA SEMULA PEMIMPIN PH

1.1k
SHARES
3.6k
VIEWS

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mendesak Peguam Negara agar membuka kertas siasatan dan mendakwa semula kes-kes pertuduhan yang melibatkan pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan yang digugurkan di zaman 22 bulan Pakatan Harapan memerintah.

Desakan tersebut dibuat oleh Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki di laman Facebook-nya malam tadi.

Desakan seumpama ini juga pernah dibuat oleh Asyraf pada 9 Jun 2019 kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Bibi Koya agar 7 kes berprofil tinggi melibatkan pemimpin Pakatan Harapan yang telah disenyapkan sebelum ini dapat disiasat semula termasuk kes terowong dan banglo Lim Guan Eng.

Ketika ini kes terowong dasar laut Lim Guan Eng telahpun berlangsung dan beliau telah didakwa di Mahkamah Khas Rasuah dan Hakim menetapkan ikat jamin sebanyak satu juta ringgit dengan dua penjamin manakala pasportnya pula diserahkan ke mahkamah. 

Selang beberapa hari kemudian, pada 10 dan 11 Ogos, beliau akan dituduh dengan dua lagi pertuduhan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang.

Pemuda UMNO yang konsisten mendesak pelbagai salah laku di zaman Pakatan Harapan wajar dipuji walaupun tidak semuanya dilaksanakan oleh kerajaan Perikatan Nasional.

Antaranya desakan Pemuda UMNO melalui memorandum kepada Menteri Agama Datuk Seri Zulkifli Al-Bakri agar Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ke atas Tabung Haji dilaksanakan segera namun jawapan yang diberikan oleh Zulkifli agak mengecewakan.

Justeru desakan demi desakan seperti ini perlu dibuat sepanjang masa sehinggalah pihak kerajaan Perikatan Nasional melaksanakannya.

Pelbagai kes melibatkan pemimpin Pakatan Harapan termasuk  terlibat dengan pengganas LTTE dan komunis tidak wajar dipandang remeh dan wajar diteruskan kerana melibatkan isu keselamatan negara. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts