APA LAGI YANG MAHATHIR MAHU?

2.8k
SHARES
9k
VIEWS

Shahbudin Embun

Bekas Perdana Menteri ketujuh Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan penubuhan parti baharu selepas keahlian beliau dan beberapa ahli-ahli Bersatu lain terbatal.

Mahkamah membuat keputusan beliau tidak mempunyai locus standi atau hak kepentingan undang-undang untuk membawa Tan Sri Muhyiddin sebagai Presiden parti serta Bersatu ke mahkamah.

Mahathir juga berkata, asas penubuhan parti baharu beliau itu adalah mengikut ‘DNA’ asal Bersatu.

Mahathir pernah menyifatkan orang Melayu tidak pandai berpolitik sehingga menyebabkan wujudnya terlalu banyak parti politik ketika ini.

Beliau berkata, akibat terlalu taksub untuk menjadi Presiden maka parti politik diwujudkan sehingga menyebabkan perpecahan dalam kalangan orang Melayu – beliau berkata sedemikian dalam sidang media selepas mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan tahun lepas.

Nampak gayanya, mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih.

Untuk pengetahuan, beliau pernah digelar ‘Bapa Perpecahan Melayu’ oleh Mohamad Sabu. Ini terbukti dengan penubuhan Semangat 46, PKR, PPBM dan sekarang menubuhkan satu lagi parti Melayu. Beliau juga pernah digelar “Bapa Pelingkup Negara” oleh Mohamad Sabu.

Apakah yang dicari lagi di penghujung usia? Adakah benar kata-kata bekas Presiden PAS, “Saya harap Dr Mahathir diberi umur yang panjang agar beliau dapat melihat sendiri kerosakan yang telah dibuatnya”. 

Dr Mahathir perlu sedar bahawa parti-parti mewakili Melayu serta peribumi sekarang ini iaitu UMNO, PAS, PPBM dan Amanah di Semenanjung Malaysia serta berbelas lagi parti peribumi di Sabah dan Serawak menjadikan Melayu dan peribumi semakin lemah.

Sepatutnya ada usaha untuk menggabungkan semua parti-parti tersebut di bawah satu bumbung supaya Melayu serta Peribumi mempunyai kekuatan politik.

Muafakat Nasional adalah satu contoh usaha menyatukan Melayu dan Peribumi serta diharap muafakat ini diperkasakan. Di Sabah dan Sarawak pula disarankan agar pendaftaran gabungan parti Sabah dan Sarawak dapat dipercepatkan.

Firman Allah SWT:
إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ ۚ وَاتَّقُوا اللَّـهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ

AO-Hujurat: 10

Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.”

Sebagai pemimpin paling berusia dan berpengalaman, beliau sepatutnya menjadi Negarawan serta pendamai ke atas sebarang perselisihan bangsa. Mahathir perlu beringat bahawa hidup di dunia ini hanya sementara dan lupakanlah hal duniawi dan legasi.

Egonya masih setinggi gunung Everest dan sikap ‘superiority complex‘ masih tiada penghujungnya. Adalah dijangkakan bahawa parti baharu yang akan ditubuhkan ini bakal mati tanpa kubur.

Penulis merupakan penganalisis politik merangkap Pengerusi Biro Politik Majlis Perundingan Melayu Malaysia (MPM)

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts