GUAN ENG SANGGUP MENIPU UNTUK RAIH SIMPATI – ISHAM JALIL

5.4k
SHARES
17.5k
VIEWS

Sanggup menipu untuk meraih simpati sebaik sahaja keluar daripada lokap SPRM.

Itulah gambaran pemimpin DAP yang terpalit dengan skandal rasuah terowong dasar laut yang sehingga kini masih tidak ketahuan sama ada projek tersebut akan dilaksanakan ataupun tidak.

Ketua Penerangan BN Selangor, Isham Jalil yang juga bekas Pegawai Khas kepada Perdana Menteri Keenam, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengkritik tindakan Guan Eng kerana jelas bekas Menteri Kewangan tersebut menipu apabila mengatakan Najib kononnya tidak bermalam di lokap sepertinya apabila ditahan SPRM dahulu.

Isham dipetik berkata;

“Tadi selepas keluar lokap SPRM, untuk meraih simpati, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata: Saya terpaksa menukar pakaian ke baju oren lokap SPRM, mengharungi tidur malam beralaskan lantai papan bilik lokap yang sempit (tanpa bantal mahupun tilam) dan tidak bernasib baik seperti Menteri Kewangan sebelum saya (Datuk Seri Najib Razak) yang tidak perlu bermalam walau satu malampun di dalam lokap.”

” Lim Guan Eng kata Dato’ Seri Najib tidak pernah bermalam di lokap. Ini adalah satu lagi penipuan Lim Guan Eng.”

“Najib pernah disumbat dan tidur lokap SPRM pada 19 September 2018. Zahid Hamidi juga pernah tidur lokap SPRM pada 18 Oktober 2018.”

“Saya sendiri dan rakan-rakan berada di luar bangunan SPRM pada kedua-dua malam tersebut menuntut pembebasan Najib dan Zahid. Bukti videopun ada.” 

“Lim Guan Eng ini sudah masuk lokappun lagi mahu tipu.” 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts