INTISARI UCAPAN PRESIDEN, PROGRAM BERSAMA PUTRA JOHOR

172
SHARES
554
VIEWS

Saya membuat lawatan ke Johor hari ini 8 Ogos 2020 sebagai Presiden PUTRA dan bertemu dengan pimpinan Perhubungan PUTRA Johor hari INI. Dua Perjumpaan diadakan jam 10 pagi di Air Hitam dan jam 3 petang di Kulai bertempat di Dewan Semai Bakti, Felda Bukit Batu, Kulai.

PUTRA Johor sedang bangkit bergerak semula dengan aktif selepas tamatnya PKP akibat Covid-19.

Johor mempunyai 26 Bahagian Parlimen dan setakat ini sudah lulus 22 Bahagian PUTRA. Namun yang benar-benar struktur dan aktif hanya 8 Bahagian. Yang lain-lain masih perlu menubuhkan sayap-sayap, cawangan-cawangan dan menambahkan keahlian.

Perjumpaan pagi tadi itu juga telah memutuskan setakat ini, 6 kawasan Parlimen di negeri Johor akan menjadi sasaran PUTRA meletakan calon pada PRU-15 yang dijangka akan dilaksanakan tidak lama lagi. Dari 6 kawasan tersebut, Parlimen Ayer Hitam kawasan utama Parlimen yang sudah dipastikan PUTRA akan meletakkan calon. Calon juga sudah dikenal pasti. Manakala 5 Kawasan Parlimen masih dalam penelitian.

PUTRA Johor juga sedang meneliti beberapa kawasan DUN seluruh negeri Johor untuk diletakkan calon pada PRU-15 akan datang. Ramai tokoh berkelayakan namun PUTRA hanya akan meletakkan calon di kawasan yang dipastikan mempunyai harapan 50-50 untuk menang.

Manakala semasa perjumpaan di Kulai petang ini, saya menegaskan dari awal PUTRA ditubuhkan, PUTRA akan menjadi ‘third force’ dan tidak bersama dengan PN, MN atau PH. PUTRA adalah wadah Melayu Peribumi tulen yang akan menjadi pilihan kepada parti-parti politik sedia ada, kerana PUTRA mahu pastikan tidak akan berlaku lagi “menang sorak kampung tergadai”. PUTRA parti berintegriti, bersih dan tidak hipokrit atau munafik.

Dalam perjumpaan dengan pimpinan PUTRA Johor itu juga, saya telah umumkan pelantikan tambahan Ahli Dewan Tertinggi PUTRA daripada Johor iaitu Dr. Kamari Kasan yang juga Ketua Penaja Bahagian Pasir Gudang dan seorang aktivis sosial dalam Pendidikan Sepanjang Hayat (TVET).

PUTRA PERKASA NEGARA

Salam perjuangan PUTRA.

Datuk Paduka Dr. Ibrahim Ali

Presiden PUTRA 

Dewan Semai Bakti

Kulai, Johor

8 Ogos 2010

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts