MUHYIDDIN KATA BELIAU PERNAH DISINGKIR KERANA “PERTAHAN KEBENARAN” – BENAR ATAU HANYA RETORIK POLITIK?

1.5k
SHARES
8.9k
VIEWS

Fakta mengenai “pertahan kebenaran” versi Muhyiddin;

1. Adakah tidak mentaati ‘amir’ atau ketua beliau sendiri “dalam keadaan suka atau benci selagi ketua tersebut tidak mengajak kepada maksiat” – yang terdapat dalam hadis sahih merupakan satu versi “pertahan kebenaran”? 

2. Adakah menjatuhkan sebuah kerajaan yang dipimpin oleh Melayu Islam juga merupakan simbolik “pertahan kebenaran” walaupun ia ditegah dalam Islam? 

3. Adakah selepas disingkirkan daripada UMNO, maka beliau bergabung dengan DAP dalam Pakatan Harapan, diterjemahkan oleh Muhyiddin sebagai pertahan kebenaran?

4. Adakah bersekongkol dengan DAP dan Pakatan Harapan selama 22 bulan  mereka berleluasa menjarah harta dan aset umat Islam, sebenarnya kerana Muhyiddin pertahan kebenaran? 

5. Adakah kebenaran yang beliau maksudkan adalah mengenai 1MDB, yang beliau yakin sangat Najib bersalah, tetapi kenapa tidak menawarkan diri ke mahkamah menjadi saksi Tommy Thomas, demi untuk pertahan kebenaran?

6. Atau Muhyiddin sebenarnya sama seperti pemimpin-pemimpin DAP dan Pakatan Harapan lain yang hanya percaya dengan ‘hear say‘ yang banyak dibongkarkan di mahkamah, adakah ini diistilahkan sebagai pertahan kebenaran? 

7. Namun kebenaran yang jelas terpampang depan mata ketika ini ialah Najib telah bersumpah Wallahi, Wabillahi, Watallahi dalam mahkamah  demi pertahan kebenaran bahawa beliau tidak bersalah

8. Persoalannya, beranikah Muhyiddin bersumpah Wallahi, Wabillahi, Watallahi seperti Najib untuk pertahan kebenaran bahawa beliau yakin 100 peratus bahawa Najib bersalah? 

9. Serta adakah Muhyiddin juga berani  bersumpah bahawa beliau tidak pernah terlibat dengan sekarang skandal atau kes yang dikaitkan dengan dirinya sebelum ini? 

10. Bak kata beliau sendiri, “Yang benar tetap benar, yang batil tetaplah batil” – maka demi pertahan kebenaran, apa kata Muhyiddin bersumpah demi membersihkan nama anda sendiri?

11. Selain itu jika benar Muhyiddin ikhlas “pertahan kebenaran”, kenapa sehingga kini tidak  merendah diri untuk meminta maaf kepada seluruh umat Melayu Islam di negara ini  – kerana sanggup dan sampai hati bersekongkol dengan DAP dan Pakatan Harapan yang telah banyak menyusahkan umat Islam selama 22 bulan mereka berkuasa

12. Melainkan sebenarnya “pertahan kebenaran” ini hanyalah “versi retorik politik Muhyiddin” dan bukan hakikat sebenar yang dituntut dalam Islam.

Wallahualam. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts