1. Dakwaan Teresa Kok bahawa ujian Covid-19 hanya membuang masanya tentulah sangat tidak wajar memandangkan beliau sendiri yang ‘isytihar’ positif virus Covid-19 apabila tiba di Sandakan
2. Dakwaan beliau positif Covid-19 kerana salah isi borang ini perlu disiasat kerana mungkin juga pembantunya tahu Teresa positif Covid-19, tetapi apabila selepas dilakukan ‘swab test‘ didapati negatif, baru Teresa hendak buat kenyataan kononnya tersalah isi borang dan mula menyalahkan pihak lain
3. Selain tidak meminta maaf, kenyataan beliau dilihat angkuh dan amat tidak bertanggungjawab apabila seolah-olah memperlekeh ujian yang dilakukan apabila berkata ia hanya membuang masanya
4. Ini menunjukkan sama ada pembantunya sendiri menyampah dan sengaja menyusahkan beliau atau pembantunya itu warga asing yang tidak faham soalan mudah ‘ya’ atau ‘tidak’ sehingga melibatkan perkara yang pentingpun boleh tersilap isi borang
5. Tindakan Teresa ingin meraih simpati ‘makan diri’ malah hanya memperlihatkan kebodohan beliau sendiri apabila dikecam ribuan netizan di laman Facebook-nya sendiri di pautan;
www.facebook.com/117300344947762/posts/3680140915330336/
6. Insiden memalukan dan menyusahkan semua frontliner ini wajar disiasat kerana mengambil mudah dan ‘memperlekehkan’ SOP pihak kerajaan terutamanya Kementerian Kesihatan, agar tidak diulangi oleh sesiapa jua termasuk MEWAJIBKAN BORANG DIISI SENDIRI
7. Teresa sepatutnya cerdik sedikit dengan merendah diri meminta maaf kerana kesilapan beliau telah menyusahkan banyak pihak serta disaran ambil pembantu lain yang tahu menjawab soalan
8. Perkara ini jelas menunjukkan jika DAP dan Pakatan Harapan menang di Sabah pada Pilihan Raya Negeri kelak, mereka hanya akan tetap menyusahkan dan menyalahkan rakyat
9. Jika kesalahan sendiripun masih angkuh dan tidak mahu meminta maaf apatah lagi melibatkan isu serius seperti Covid-19 yang perlu ditangani dengan baik, jangan haraplah nasib rakyat Sabah akan terbela di bawah mereka jika menang
10. Justeru pilihan di tangan anda rakyat Sabah. Jika selama 22 bulan memerintah Pakatan Harapan telah membuat kesilapan demi kesilapan, menyusahkan dan menyalahkan rakyat sepanjang masa dengan pelbagai alasan, kini sudah tumbangpun rakyat masih boleh melihat keangkuhan mereka.
Cukup-cukuplah.