FORMULA KEJAYAAN PAS DAN DAP – DR. RAMALAN YUNUS 

377
SHARES
2.2k
VIEWS

Pada akhirnya parti yang paling berjaya baik dalam PRU dan PRN ialah parti PAS dan DAP. Kedua-duanya adalah parti yang mengaut keuntungan politik yang maksimum dari perpecahan orang Melayu.

Ada beberapa persamaan antara PAS dan DAP yang telah berjaya membuatkan mereka semakin berpengaruh dan berjaya meraih keuntungan politik yang besar khususnya pada PRU-15.

1. Doktrin keagamaan yang ekstrem

Kedua-dua parti mengamalkan doktrin keagamaan yang ekstrem. PAS sudah sekian lama dikuasai oleh golongan yang berfahaman Wahabi. Fahaman Wahabi ini terkenal ekstrem dan jauh berbeza dengan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah yang lebih lembut dan sederhana.

Fahaman ini semakin berkembang luas di negara ini. Wajar sahaja PAS semakin berpengaruh di negara ini.

DAP pula kini dikuasai oleh golongan penganut Kristian Evangelis. Golongan yang berfahaman ekstrem di kalangan penganut agama Kristian. Fahaman dan pendekatan yang ekstrem sentiasa dapat memikat hati golongan muda dan remaja yang berjiwa “anti establishment“.

2. Asabiah atau berpuak-puak

Kedua-dua parti ini mengamalkan budaya asabiah atau berpuak-puak.

Sebab itu PAS lebih popular di Kelantan, Terengganu dan Kedah. Ini negeri-negeri yang terkenal dengan semangat kenegerian mereka.

Biarpun Johor juga terkenal dengan semangat kenegerian namun kerana Istana Johor kuat mempertahankan Fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah maka PAS tidak begitu popular di Johor.

Semangat berpuak-puak yang dimiliki oleh DAP telah menjadikan DAP semakin popular di kalangan masyarakat Cina khususnya komuniti yang masih berfikiran konservatif.

3. Bijak mengatur strategi politik

Kedua-dua parti ini memang diakui bijak mengatur strategi dan pandai mengambil kesempatan dari krisis politik yang berlaku.

Kedua-dua parti ini bermusuhan dengan Tun Mahathir Mohamed sejak sekian lama. Namun demi kepentingan matlamat politik, mereka bersedia berkerjasama dengan Tun Mahathir dan pihak mana sekalipun.

4. Negara Republik

Kedua-dua parti ini mempunyai cita-cita yang sama iaitu untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara republik.

PAS ingin menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Republik Islam seperti Iran. Manakala DAP pula bercita-cita untuk mendirikan negara republik sekular seperti Singapura.

Atas dasar itu kedua-dua parti ini dilihat tidak begitu menghormati Institusi Raja-raja Melayu.

Berdasarkan kepada keputusan PRN baru-baru ini PAS dilihat sudah semakin bersedia untuk menggantikan UMNO dan menguasai politik negara ini pada PRU-16 akan datang.

DAP tidak akan berupaya menyaingi potensi yang dimiliki oleh PAS kerana faktor komposisi rakyat Malaysia yang majoritinya adalah Melayu-Islam dan Bumiputera.

Kemaraan PAS sebagai pemimpin politik Melayu-Islam pada masa depan hanya akan dapat disekat banyak bergantung kepada sejauh mana Kerajaan Perpaduan mampu mengisi agenda Bina Malaysia Madani dengan cara hidup Islam versi Ahli Sunnah Wal Jamaah yang sebenar.

Ideologi politik yang berdasarkan kepada Nasionalisme Melayu-Islam yang diusung oleh UMNO-BN kelihatannya semakin terpinggir dalam arena politik negara ini.

Selain dari pertembungan ideologi, persaingan dalam penguasaan teknologi terkini juga menjadi faktor penentu politik di masa depan.

Realiti hari ini jelas menunjukkan bahawa PAS lebih berjaya menguasai teknologi dan media sosial berbanding Kerajaan Perpaduan.

Dato’ Dr Ramalan Yunus

Penganalisis politik & ekonomi bebas

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts