TAWARAN KERJA MENINGKAT 2.4 PERATUS PADA SUKU KEDUA 2023

334
SHARES
2k
VIEWS

1. Trajektori positif pasaran buruh di Malaysia berterusan sehingga suku kedua tahun ini, sekali gus menunjukkan permintaan yang berterusan.

2. Dengan peningkatan sebanyak 208,100 jawatan dalam sektor ekonomi, bilangan jawatan mencapai 8.83 juta, melebihi bilangan pada tahun sebelumnya iaitu 8.62 juta yang dicatatkan pada suku kedua 2022.

3. Trend peningkatan dalam bilangan jawatan diisi dapat dilihat meningkat sebanyak 2.5 peratus kepada 8.64 juta jawatan pada suku kedua 2023.

4. Melihatkan pecahan pekerjaan mengikut sektor ekonomi, sektor perkhidmatan menjadi penyumbang terbesar bagi jawatan diisi dengan merekodkan 4.55 juta jawatan, merangkumi 52.7 peratus daripada jumlah jawatan diisi.

5. Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Malaysia mencatatkan peningkatan pewujudan jawatan yang lebih banyak pada suku tahun ini, dengan sejumlah 31,900 jawatan baharu bagi memenuhi permintaan yang meningkat berikutan pemulihan ekonomi.

Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Jabatan Perdana Menteri 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts