PENUBUHAN INSTITUT TVET ORANG ASLI MAMPU TINGKAT EKONOMI, TARAF HIDUP

335
SHARES
2k
VIEWS

1. Penubuhan institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) khusus buat masyarakat Orang Asli sememangnya dinanti-nantikan kerana ia dilihat mampu meningkatkan ekonomi dan taraf hidup mereka.

2. Ia juga bagi memastikan jurang antara Orang Asli dan kaum lain akan dapat dikecilkan terutamanya dalam bidang pendidikan dan ekonomi.

3. Kerajaan Perpaduan telah bersetuju untuk mengaktifkan dengan segera institusi TVET khusus untuk masyarakat Orang Asli, selain mengumumkan pemberian wang tunai RM1,000 kepada mana-mana pelajar yang mendapat tawaran masuk ke universiti.

4. Kerajaan Perpaduan pimpinan YAB Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim benar-benar ikhlas dan serius dalam menangani dan membela nasib rakyatnya tanpa mengira kaum.

5. Inisiatif Kerajaan dengan membekalkan internet Starlink kepada masyarakat Orang Asli dengan menjadikan perkampungan Hulu Kemensah sebagai projek perintis selepas UiTM Kuala Pilah sebelum ini juga memperlihatkan nilai murni kerajaan untuk menaiktaraf kehidupan rakyat seluruhnya, Insya-Allah.

Rujuk, “Starlink: Sinar baharu buat masyarakat Orang Asli di Hulu Kemensah” di pautan; https://editormalaysia.com/31645/ 

Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Jabatan Perdana Menteri 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts