TOK MAT, AKMAL, AKAR UMBI TETAP MAHU DAP MINTA MAAF

82
SHARES
266
VIEWS

Pimpinan tertinggi UMNO tidak perlu bersikap apologetik dalam isu DAP perlu minta maaf kepada parti keramat orang Melayu tersebut. Pemimpin UMNO jangan buat-buat lupa bahawa akar umbi tidak akan lupa dan tetap tidak boleh bersama DAP, walaupun kini bersama dalam kerajaan. 

Bersama Kerajaan Perpaduan ketika ini  sebagai menghormati titah cadangan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong tidak bererti UMNO perlu menggadaikan prinsipnya. UMNO tidak perlu mengikut cakap Perdana Menteri, parti DAP atau Pakatan Harapan sekiranya ia bertentangan dengan prinsip, jati diri dan maruah parti.

Banyak cara boleh dilakukan untuk menyokong Kerajaan Perpaduan dan memberi sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sekaligus mentaati titah saranan baginda Tuanku yang mahukan stabiliti dalam politik dan kerajaan, tetapi tidak sampai menggadai prinsip atau maruah sendiri.

Apa yang Timbalan Presiden Dato’ Seri Utama Mohamad Bin Hasan atau Tok Mat dan Ketua Pemuda UMNO Dr Muhamad Akmal Saleh mahukan, bertepatan dengan kehendak akar umbi. Presiden sepatutnya turut bersama mereka untuk mendesak DAP meminta maaf kepada UMNO sepertimana dilakukan kepada GPS.

Apa yang mereka berdua suarakan hadir daripada keresahan akar umbi, malah Akmal sendiri sanggup dituduh sebagai ‘langau’ ataupun biadap kerana bertegas dengan pendiriannya. Ini barulah bijak mempertahan prinsip, jati diri dan maruah parti.

Akar umbipun tentu lega apabila tahu ada lagi pemimpin-pemimpin UMNO yang berani menyuarakan pandangan mewakili mereka.

Justeru, pemimpin-pemimpin UMNO perlu tegas dan kekal dengan prinsip dan pendirian parti. Mereka tidak perlu ampu atau ‘jilat’ mana-mana parti terutamanya DAP. 

Sokongan yang ada perlu berpada-pada dan jangan sampai penyokong-penyokong sendiri melihat UMNO lebih menjaga hati DAP berbanding akar umbi. 

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts