PENDAKWAAN MOHON HASANAH DIBICARA SECARA TERTUTUP, ‘KEBOCORAN’ DI MEIO MASIH BELUM DIBENDUNG

474
SHARES
2.8k
VIEWS

Pihak pendakwaan memohon supaya perbicaraan kes bekas Ketua Pengarah  Bahagian Penyelidikan, Jabatan Perdana Menteri yang lebih dikenali sebagai Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Abdul Hamid dijalankan secara tertutup bagi 15 daripada 37 saksi kerana ia membabitkan isu keselamatan negara.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Iskandar Ahmad kepada Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh dan turut memohon tarikh perbicaraan dikekalkan iaitu pada 5 hingga 22 Oktober.

Hakim Ahmad Shahrir menetapkan 5 Oktober untuk pendengaran permohonan itu dan mengarahkan kedua-dua pihak memfailkan hujahan bertulis pada atau sebelum 30 September ini, yang turut dihadiri oleh peguam Hamdan Hamzah yang membela Hasanah. 

Muhamad Iskandar berkata, pihaknya memohon perbicaraan didengar secara tertutup bagi keterangan 15 saksi atas alasan membabitkan isu kepentingan dan keselamatan negara.

Perbicaraan tersebut akan bermula pada 5, 6 dan 8, bersambung pada 12 hingga 15 dan 19 hingga 22 Oktober.

Pada 25 Oktober 2018, Hasanah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan sebagai seorang penjawat awam iaitu Ketua Pengarah Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri melakukan pecah amanah wang berjumlah US$12.1 juta (RM50.4 juta) milik kerajaan Malaysia.

Beliau didakwa melakukan kesalahan tersebut di pejabat Ketua Pengarah, Bahagian Penyelidikan, Jabatan Perdana Menteri (JPM), Kompleks JPM, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya antara 30 April hingga 9 Mei 2018.

Sebelum ini ada pihak berpandangan beliau disabotaj oleh pegawai-pegawainya sendiri yang mengambil kesempatan atas kejatuhan kerajaan Barisan Nasional pada PRU-14 yang lepas.

Rujuk “Konspirasi jatuhkan Hasanah didalangi pegawai MEIO?” di pautan;

https://editormalaysia.com/3080/

Rujuk “Kronologi membuktikan Hasanah disabotaj pihak MEIO?” di pautan; https://editormalaysia.com/3160/

Sehingga kini tidak kedengaran MEIO menjalankan siasatan dalaman walaupun terdapat pelbagai kebocoran yang berlaku di jabatan tersebut walaupun Ketua Pengarah sudah bertukar sebanyak tiga kali selepas Hasanah bersara.

Rujuk “Senarai kebocoran melampau di MEIO, Shublee patut bertanggungjawab” di pautan; https://editormalaysia.com/7255/

Rujuk “Kenapa MEIO tidak bertindak terhadap pembocor surat CIA?” di pautan; https://editormalaysia.com/4776/

Banyak keraguan dan kemusykilan yang berlaku dalam kes Hasanah ini sejak rumah beliau dan ‘safe house‘ MEIO diserbu serta kenapa salah sebuah safe house tersebut turut dijadikan tempat melatih parti Bersatu walaupun ia sepatutnya dirahsiakan dan tidak terbuka untuk orang awam. 

Termasuk juga persoalan kenapa semua Ketua Pengarah selepas itu seolah-olah tidak berminat membendung kebocoran serius yang berlaku dan menyiasat apa yang berlaku di sebalik semua kejadian tersebut serta aduan terhadap Ketua Setiausaha Negara (KSN) mengenai salah laku salah seorang Ketua Pengarah MEIO. 

Namun apapun yang berlaku, semoga keadilan dapat ditegakkan dan “the real culprit” dapat dihadapkan ke muka pengadilan tidak lama lagi. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts