APA LAGI PEMANDU TEKSI MAHU?

386
SHARES
2.3k
VIEWS

Sekumpulan pemandu teksi berkumpul hari ini demi membantah perkhidmatan e-hailing yang menurut mereka beroperasi secara haram di bawah Akta 333, Akta Pengangkutan Jalan dan Akta 334, 1987 (pindaan 2013), Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan, 1987 (pindaan 2006).

Menurut mereka kenderaan e-hailing beroperasi secara haram kerana tidak mempunyai permit dan kenderaan tidak menjalani pemeriksaan PUSPAKOM selain bantahan mereka terhadap penggunaan kereta individu berbanding teksi yang perlu melalui semua syarat di atas.

Wakil pemandu teksi menegaskan mereka tidak membantah kerajaan Pakatan Harapan namun bantahan hanya dibuat kepada Menteri Pengangkutan, YB Anthony Loke yang membenarkan e-hailing beroperasi yang mengancam periuk nasi mereka.

Kira-kira 150 pemandu mengambil bahagian membantah operasi aplikasi e-hailing sejak jam 9 pagi di Padang Merbok dan mereka merancang berarak ke bangunan Parlimen untuk bertemu dengan Anthony Loke.

Sebagai rekod, perkhidmatan e-hailing telah dikawal selia oleh kerajaan melalui Akta Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2017 dan Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2017 sejak 12 Julai.

Syarat yang dikenakan kepada industri e-hailing adalah selari dengan industri teksi dari segi syarat kelayakan permohonan lesen, kenderaan, kelayakan pemandu dan operasi, bagi memberikan kesaksamaan kepada industri teksi.

Maka tindakan demonstrasi oleh pemandu teksi ini dipersoalkan kerana syarat ketat terhadap pemandu e-hailing oleh penyedia perkhidmatan telahpun dilaksanakan sejak e-hailing mula diperkenalkan di dunia antaranya, sistem rating pemandu oleh penumpang, kadar penerimaan dan pembatalan tempahan serta risiko dibatalkan perkhidmatan sekiranya terlibat dalam salah laku tertentu termasuk saringan oleh pihak polis dan hanya warganegara Malaysia dibenarkan membawa e-hailing.

Seharusnya pemandu teksi belajar daripada pemandu e-hailing yang sentiasa tersenyum menerima penumpang dan bersyukur masih boleh mencari rezeki dengan mudah di negara ini dan bukannya sering bertindak melulu menyalahkan semua pihak selain daripada diri sendiri.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts