CUKUP-CUKUPLAH POLITIK LAMA DAN LAPUK: SYED SADDIQ SINDIR ATAU ‘MAIN WAYANG’?

3.7k
SHARES
11.8k
VIEWS

Bekas Menteri Belia dan Sukan termuda dan tersingkat dalam sejarah negara, YB Syed Saddiq yang juga Ahli Parlimen Muar, membuat kenyataan ringkas yang menunjukkan beliau kecewa dengan politik negara.

Cukup-cukuplah dengan politik lama dan lapuk. Ini masa kita.” Rujuk; https://mobile.twitter.com/SyedSaddiq/status/1311312029458690049

Sama ada Saddiq kecewa dan menyindir mentornya Tun Mahathir yang usia hampir mencecah satu abad tetapi masih ghairah berpolitik, ataupun bagi beliau semua parti politik di negara ini sudah tidak lagi relevan dan memerlukan suntikan idea dan semangat baru.

Ataupun seperti biasa ini hanya ‘wayang’ sahaja kerana MUDA merupakan sebuah parti politik yang mesra Pakatan Harapan, di mana semua pemimpin-pemimpin utamanya sama ada Pejuang, DAP, PKR, Warisan dan Amanah adalah terdiri daripada mereka yang “lama dan lapuk”.

Justeru jika MUDA tidak berani bertanding di seluruh 222 kerusi Parlimen, maka pasti beliau tetap akan bekerjasama dengan parti-parti yang dikatakannya sebagai lama dan lapuk tersebut.

Maka perubahan yang kononnya ingin dilakukan itu hanyalah retorik semata-mata untuk meraih undi anak-anak muda yang pasti akan kecewa juga akhirnya apabila tertipu lagi sekali seperti ketika PRU-14. 

Aduhai Syed Saddiq.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts