KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PUTRA: TIADA DARURAT

151
SHARES
488
VIEWS

1. Parti PUTRA menjunjung kasih dan merafak sembah kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dan Duli Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu yang telah membuat ketetapan tidak perlu diisytihar darurat mengikut permohonan yang dibuat oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kabinetnya.

2. Parti PUTRA berkeyakinan penuh bahawa YDP Agong dan Raja-raja Melayu telah meneliti secara terperinci dan mengambil maklum permintaan Perdana Menteri dan status terkini dalam negara terutama ancaman Covid-19.

3. Baginda YDP Agong telah bertitah tiada keperluan darurat dan meminta semua pihak terutama pimpinan politik dan Ahli-ahli Parlimen berganding bahu menangani Covid-19 dan memastikan Belanjawan 2021 dipermudahkan laluan di Dewan Rakyat kerana kerperluan perbelanjaan terutama menghadapi Covid-19.

Titah ini amat jelas dan semua pihak mesti akur demi kelangsungan negara dalam keadaan yang amat rumit ini. Ia menuntut semua pihak menghayati ketaatan kepada kedaulatan Raja-raja Melayu sebagai Payung Negara dan prinsip-prinsip Rukun Negara.

4. Untuk mencari jalan mudah apabila timbul kekusutan, sebenarnya mudah, begitu juga untuk mencari jalan susah walaupun mudah. Jika seseorang pemimpin benar-benar beriman dan menghayati prinsip demokrasi, pasti ia mudah. Lihat pemimpin-pemimpin Jepun dan negara-negara Barat, mudah sahaja mereka berundur jika ada yang hadapi musibah, mereka akan letak jawatan tanpa didesak. Begitulah mulianya pemimpin yang bukan beragama Islam mengambil tanggungjawab terhadap tugasnya. Ada pemimpin di Malaysia di negara kita, terus dengan sikap sentiasa menyalahkan orang lain. Terus dengan sikap seribu satu dalih.

5. Sekarang bola di kaki PerdanaMenteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau pasti tahu kekuatan sokongan kepadanya. Demi negara dan seorang Islam yang istiqamah, berilmu dan memahami prinsip-prinsip Demokrasi Berparlimen, buatlah keputusan sebagai seorang negarawan yang mulia, laksanakan apa yang terbaik untuk elak ketegangan demi kesetabilan politik negara. Sudah tercatit dalam sejarah TSMY adalah PM ke-8 walaupun tidak lama. Apapun diperkatakan, yang menghina dan seumpamanya, usahkan hendak jadi Perdana Menteri jauh sekali seperti langit dan bumi. 

6. YAB Tan  Sri Muhyiddin Yassin buatlah keputusan yang bijak bistari sebagai seorang pahlawan yang diingati dalam lipatan sejarah Malaysia. Jangan termakan hasutan dengan mereka yang sekadar mahu berpaut untuk diri masing masing.

Buatlah keputusan yang terbaik untuk rakyat dan negara.

Dato Paduka Dr Ibrahim Ali

Presiden PUTRA

25 10 2020

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts