YDP AGONG DAN RAJA-RAJA MELAYU PERTAHAN PERLEMBAGAAN, IKTIRAF BARISAN HADAPAN – TOK MAT

649
SHARES
2.1k
VIEWS

Ampun Tuanku,

Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong bersama Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu telah membuat keputusan terbaik untuk Malaysia dengan tidak mengisytiharkan perintah darurat seperti yang dicadangkan oleh Kerajaan.

DYMM Tuanku dan Dulu-Duli YMM Raja-Raja Melayu melalui keputusan ini telah mempertahankan Perlembagaan, mengiktiraf kerja keras dan sumbangan luar biasa petugas kesihatan dan barisan hadapan negara serta mengutamakan kepentingan rakyat kebanyakan.

Patik yakin Kerajaan Perikatan Nasional akan mengusahakan apa jua yang sewajarnya untuk menterjemahkan keputusan bijaksana ini.

Keputusan ini sewajarnya mendorong semua pihak tampil demi kepentingan nasional untuk bersama-sama kerajaan dalam memerangi pandemik global ini.

Kebijaksanaan dan hikmah DYMM Tuanku dalam perkara ini meyakinkan patik bahawa Institusi Raja mempunyai peranan Perlembagaan yang sangat penting dalam pentadbiran negara ini. Untuk kesekian kalinya, DYMM Tuanku serta Duli-Duli YMM Raja-Raja Melayu terus mengutamakan rakyat dan kebajikan mereka dengan sebaik-baiknya.

Menjunjung kasih Tuanku. 

Dato Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts