8 INTI PATI KENYATAAN MEDIA UMNO

745
SHARES
2.4k
VIEWS

Kenyataan media UMNO yang dibuat susulan daripada kemelut politik negara terkini apabila Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mencadangkan darurat dan menggantung Parlimen namun ditolak oleh Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong.

Inti pati kenyataan tersebut ialah;

1. MENJUNJUNG sepenuhnya keputusan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong menolak cadangan darurat dan menggantung Parlimen.

2. MENDOKONG titah YDP Agong agar mengendurkan ketegangan politik demi kestabilan negara.

3. MENYARANKAN penyertaan semua parti termasuk pembangkang untuk menyegerakan inisiatif Rekonsiliasi Nasional atau Agenda Perdamaian Nasional

4. MENCADANGKAN kerajaan menggunakan pendekatan inklusif melangkaui perbezaan ideologi parti dalam menangani pandemik Covid-19 dan kesan negatif ekonomi

5. MENGEKALKAN keputusan tanpa kerjasama PKR dan DAP.

6. MENDOKONG Kerajaan Perikatan Nasional

7. MENGGESA ditambah baik prinsip kerjasama yang harus berpaksikan nilai penghormatan dan political consensus.

8. MEMASTIKAN Muafakat NasionalĀ  terus diperkasa.

Perincian di atas boleh dirujuk daripada kenyataan media yang dibuat selepas Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO malam tadi di bawah;

KENYATAAN MEDIA

Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang bermesyuarat pada hari ini, 26 Oktober 2020 (Isnin) telah memutuskan perkara-perkara berikut:

1. Menjunjung kasih di atas keputusan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong menolak permohonan yang dipersembahkan oleh Perdana Menteri bagi maksud pelaksanaan Darurat Perkara 150(1) dan Pemasyhuran Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu 2020) menurut Perkara 150(2B) Perlembagaan Persekutuan. Bagi UMNO, keputusan yang turut dibincangkan dengan Majlis Raja-Raja tersebut adalah amat bijaksana dan cukup melegakan rakyat.

2. Mendokong sepenuhnya titah dan saranan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja agar dikendurkan segala ketegangan politik dengan melakukan gencatan politik bagi memastikan kestabilan politik negara dapat terus dipertahankan.

3. Menyarankan agar inisiatif Rekonsiliasi Nasional atau Agenda Perdamaian Nasional segera dilaksanakan dengan menggembleng penyertaan semua parti politik yang bernaung dalam Kerajaan Perikatan Nasional dan juga parti-parti pembangkang.

4. Mencadangkan supaya Kerajaan mengambil pendekatan yang lebih inklusif melangkaui perbezaan ideologi parti dalam menangani pandemik Covid-19 dan kesan negatif ekonomi yang dihadapi rakyat yang sedang susah dan gelisah.

5. Majlis Kerja Tertinggi UMNO mengekalkan keputusan terdahulu tanpa kerjasama PKR dan DAP. Ahli-ahli Parlimen UMNO akan terus mendokong Kerajaan Perikatan Nasional. UMNO menggesa ditambah baik prinsip kerjasama yang harus berpaksikan nilai penghormatan dan political consensus.

6. Memastikan ketetapan Perhimpunan Agung UMNO untuk memperkasakan Muafakat Nasional dapat terus direalisasikan.

AHMAD ZAHID HAMIDI

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts