GURAUAN AGONG UNTUK PEMBANGKANG

85
SHARES
273
VIEWS

Bukanlah kebiasaan apabila YDP Agong bergurau secara terbuka apatah dalam sebuah majlis rasmi seperti sidang Dewan Rakyat seperti yang berlaku semalam.

Juga bukan kebiasaan apabila pembangkang turut ketawa dan menerimanya secara bersahaja kerana jelas gurauan YDP Agong bukanlah sindiran kerana beliau sendiri tersenyum lebar kemudiannya.

Pembangkang pula baru pertama kali keluar dewan dalam tindakan membantah pelantikan Datuk Mohamad Ariff Md Yusof sebagai Speaker Dewan Rakyat kerana tidak mengikut prosedur dan bukannya membantah siapa yang dilantik menjadi speaker.

Berbanding kerajaan Pakatan Harapan yang sebelum ini akan keluar dewan jika membantah sesuatu usul ataupun tidak bersetuju dengan sesuatu perkara, yang telah mereka jadikan rutin selama ini.

Persoalannya adakah pihak kerajaan yang dahulunya pembangkang boleh menerima baik tindakan keluar dewan yang mungkin akan dijadikan sebagai rutin oleh pembangkang?

Namun apa yang lebih penting semua pihak menyambut baik gurauan YDP Agong kerana jika pembangkang sebelum ini mendapat gurauan sebegitu tentunya YDP Agong akan dihujani dengan pelbagai tohmahan, kecaman dan cacian oleh netizen pro pembangkang seperti yang biasa dilihat melalui media sosial sebelum ini.

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts