YDP AGONG TITAH TOLAK PERBEZAAN DEMI MASA DEPAN MALAYSIA YANG GEMILANG

339
SHARES
2k
VIEWS

1. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menyeru seluruh rakyat untuk bersama-sama mempertahankan kesatuan antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak dengan menolak perbezaan, selain menghayati sejarah kemerdekaan dan pembentukan Malaysia demi masa depan yang gemilang.

2. Al-Sultan Abdullah bertitah, keberangkatan baginda ke Sabah juga diharap dapat membina jambatan silaturrahim yang akan mengukuhkan ikatan perpaduan antara Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung.

3. Baginda turut menzahirkan rasa gembira dengan layanan mesra serta keramahan rakyat daripada berbilang etnik dan suku kaum yang mengiringi Kembara Kenali Borneo yang merupakan lawatan terakhir baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong.

4. Dalam titah pada Majlis Santapan Malam Kerajaan Negeri Sabah Sempena Kembara Kenali Borneo di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Seri Paduka mendoakan rakyat Sabah sentiasa dilindungi Allah dan kekal makmur, maju jaya, aman dan sentosa dalam Persekutuan Malaysia atas semangat perpaduan jitu.

Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Jabatan Perdana Menteri 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts