Kesejahteraan Rakyat
1. RM1 bilion bagi membendung gelombang ketiga COVID-19
2. Pelepasan cukai bagi perbelanjaan vaksinasi (RM1,000) dan kenaikan had pelepasan cukai bagi perbelanjaan rawatan perubatan diri, pasangan dan anak kepada RM8,000.
3. Memperluas perlindungan mySalam ke atas tuntutan kos peranti perubatan.
4. Menaikkan kadar bantuan kebajikan bulanan termasuk OKU tidak berupaya bekerja kepada RM300, warga emas, bantuan penjagaan OKU dan pesakit kronik terlantar kepada RM 500, elaun pekerja OKU kepada RM450 dan kadar bantuan kanak-kanak keluarga miskin kepada RM 450 – RM 1,000.
5. Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) sebanyak RM1,200 bagi isi rumah berpendapatan bulanan kurang RM2,500 dengan satu anak. Bagi isi rumah dengan dua anak atau lebih, BPR sebanyak RM1,800.
BPR sebanyak RM800 bagi isi rumah berpendapatan RM2,501-RM4,000 dengan satu anak manakala BPR RM1,200 dengan dua anak atau lebih.
BPR sebanyak RM500 bagi isi rumah berpendapatan RM4,001-RM5,000 dengan satu anak manakala BPR RM750 dengan dua anak atau lebih.
Bagi bujang berpendapatan RM2,500 ke bawah menerima BPR sebanyak RM350.
6. Pengeluaran Akaun 1 KWSP sebanyak RM500 sebulan selama 12 bulan dengan jumlah sehingga RM6,000 bagi membantu pencarum yang kehilangan kerja.
Kadar caruman minimum KWSP pekerja dikurangkan daripada 11 peratus kepada 9 peratus mulai Januari 2021 untuk tempoh 12 bulan.
7. Penambahbaikan Bantuan Bayaran Bersasar kepada peminjam kategori B40 dan perusahaan mikro sehingga RM 150,000.
8. Pelanjutan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) selama tiga bulan dan kadar Elaun Mencari Kerja bagi bulan pertama (80 peratus gaji), bulan kedua hingga keenam (50 peratus gaji) dan tiga bulan terakhir (3 peratus gaji).
9. RM1.7 bilion dalam bentuk subsidi, bantuan dan insentif kepada nelayan dan petani. Elaun sara hidup nelayan dinaikkan kepada RM300 sebulan.
10. Elaun Guru Takmir dinaikkan kepada RM900 sebulan dan bayaran khas ‘one-off‘ RM500 kepada imam, bilal, siak, noja, nerbut, guru takmir dan guru KAFA.
11. Kredit RM50 dalam akaun e-wallet bagi mereka berumur 18-20 tahun.
12. Penambahbaikan Rancangan Makanan Tambahan bagi murid sekolah B40 dengan penyediaan bekalan susu setiap hari persekolahan.
13. Peningkatan had pelepasan cukai bagi gaya hidup kepada RM3,000.
14. Penurunan kadar cukai sebanyak 1 mata peratusan bagi individu berpendapatan bercukai RM50,001 hingga RM70,000.
15. Pas perjalanan tanpa had My30 diperluaskan ke Pulau Pinang dan Kuantan.
Pas perjalanan bulanan tanpa had RM5 bagi pelajar sekolah tahun 1 hingga tingkatan 6 serta golongan OKU bagi perkhidmatan tren komuter Lembah Klang, komuter utara, tren antara bandar Kuala Lipis dan Tumpat dan tren Sabah di jajaran Beaufort- Tenom.
…
Ekonomi
1. Bantuan Khas Kewangan RM600 untuk kakitangan awam Gred 56 ke bawah dan RM300 bagi pesara dan veteran tidak berpencen.
2. Pembayaran ‘one-off‘ RM500 kepada 40,000 pesara polis yang menerima Pingat Jasa Pahlawan Negara.
3. Elaun lebih 1,900 pegawai bomba bantuan dinaikkan daripada RM6 kepada RM8 sejam.
4. RM30 juta untuk pemberian e-rebate RM200 bagi pembelian alat penyaman udara atau peti sejuk cekap tenaga buatan tempatan.
5. RM20 juta untuk penggajian lebih 500 bekas tentera dan polis serta Orang Asli di bawah Program Perlindungan dan Rondaan Biodiversiti
6. RM5.1 bilion untuk Sabah dan RM4.5 bilion untuk Sarawak bagi membina dan menaik taraf infrastruktur air, elektrik, dan jalan raya, kemudahan kesihatan dan pendidikan.
7. RM2.5 bilion untuk kontraktor kelas G1 hingga G4 jalankan projek kecil dan sederhana termasuk RM200 juta tambahan bagi penyelenggaraan Jalan Persekutuan dan RM50 juta bagi penyelenggaraan rumah PPR.
8. Kerajaan melalui MARA sediakan RM50 juta akses pembiayaan kepada kontraktor pembinaan di bawah Skim Pembiayaan Kontrak Ekspres (SPiKE).
9. RM15 bilion untuk projek Lebuhraya Pan Borneo, Landasan Berkembar Elektrik Gemas – Johor Bahru dan Landasan Berkembar Lembah Klang Fasa Pertama.
10. RM780 juta diperuntukkan bagi projek-projek pembangunan di lima koridor wilayah pembangunan ekonomi.
11. Projek Sistem Transit Rapid dari Johor Bahru ke Woodlands, Singapura dan MRT3 di Lembah Klang akan diteruskan. Projek High Speed Rail atau HSR juga akan diteruskan, tertakluk kepada perbincangan lanjut dengan Singapura.
…
Kelangsungan Perniagaan
1. RM1 bilion bagi menggalakkan pelaburan berteknologi dan nilai tambah tinggi. Juga Dana Teknologi Tinggi sebanyak RM500 juta oleh Bank Negara Malaysia bagi menyokong syarikat sektor teknologi tinggi dan berinovasi.
2. Skim Pembangunan Nasional bernilai RM1.4 billion oleh Bank Pembangunan Malaysia bagi menyokong pelaksanaan pembangunan rantaian bekalan domestik dan meningkatkan penghasilan produk tempatan.
3. Pelanjutan Skim Pembangunan Maritim dan Logistik, Skim Pembiayaan Pembangunan Mampan, Skim Infrastruktur Pelancongan dan Dana Pengangkutan Awam sehingga 31 Disember 2023. RM500 juta dikhususkan untuk usahawan Bumiputera*.
4. Bantuan PKS yang terkesan melalui Kemudahan Bantuan dan Pemulihan Bersasar bernilai RM2 bilion di bawah BNM melalui pinjaman daripada institusi perbankan.
5. RM400 juta untuk tujuan R&D bagi menyokong perkembangan sains dan teknologi.
6. RM10 bilion jaminan ditingkatkan di bawah Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (Jumlah RM35 bilion). RM2 bilion diperuntukkan khusus kepada usahawan Bumiputera.
7. RM3 bilion jaminan di bawah Skim Jaminan Prihatin Danajamin untuk syarikat yang terlibat dalam industri berkemahiran tinggi.
8. RM1.2 bilion pembiayaan kredit mikro disediakan melalui TEKUN, PUNB, BSN dan lain-lain.
9. RM1 bilion Skim Transformasi Pendigitalan Industri untuk merancakkan aktiviti pendigitalan dan automasi
10. Program latihan dan penempatan semula bagi 8000 kakitangan dari syarikat penerbangan. Peluang pekerjaan kepada 500 orang komuniti setempat dan Orang Asli sebagai jurupandu pelancong.