TARIK BALIK SOKONGAN KEPADA MUHYIDDIN SEBAGAI PERDANA MENTERI

1.2k
SHARES
7.2k
VIEWS

Oleh Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi

Muhyiddin memang lega kerana Bajet 2021 telah lulus. Tetapi rakyat belum lega.

Janji mempermudahkan i-Sinar KWSP dan moratorium automatik belum ditunaikan sepenuhnya. Terdapat bank-bank yang masih ‘liat’. 

Rakyat terbelenggu dengan kriteria. Terutama untuk kategori 2 pengeluaran KWSP. Moratorium automatik hanya diberi kepada golongan B40, M40 dan peniaga IKS.

Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak Pengerusi BNBBC berkata, akan terus menuntut kerajaan Perikatan Nasional menepati janji sehingga dua isu ini diselesaikan sepenuhnya.

Najib jelaskan, bajet terpaksa disokong kerana tinggal 2 minggu lagi sebelum tahun 2021 bermula. Jika bajet tidak lulus kerajaan sukar berfungsi untuk tempoh dua minggu lagi.

Tetapi menurut Najib, jika tiada perubahan dan kerajaan Perikatan Nasional terus berdolak-dalik selepas satu tempoh yang munasabah, Barisan Nasional masih ada cara untuk bertindak.

Betul, Ahli Parlimen akan dipertanggungjawabkan. Mereka sahaja yang boleh mengundi. Harga seorang Ahli Parlimen  memang ‘mahal’. Lebih mahal jika mereka melakukan “keberanian politik”.

Justeru apa langkah seterusnya yang boleh dilakukan?

Tarik sahaja sokongan kepada Muhyiddin sebagai Perdana Menteri. Nampak macam ‘kamikaze’. Tetapi apa salahnya, demi rakyat.

Mungkin tidak semua Ahli Parlimen BNBBC sanggup. Lima tarik sokonganpun Alhamdulillah. Tigapun okay. Gunakan hati nurani.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts