TAHNIAH KERAJAAN PAHANG TEGAS DAN BIJAKSANA MENANGANI ISU TANAH HARAM RAUB

602
SHARES
3.5k
VIEWS

1. Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Kerajaan Negeri Pahang di bawah kepimpinan Menteri Besar YB Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail atas kejayaan mengenepikan semua hujahan yang dibuat oleh pihak penceroboh tanah haram di Raub sehingga memungkinkan keputusan mahkamah menolak semakan penghakiman yang dibuat pihak penceroboh.

2. Sejak dari awal kepimpinan YB Dato’ Sri Wan Rosdy, Kerajaan Pahang tampak tegas dan penuh bijaksana mengambil tindakan terhadap peneroka tanah-tanah haram yang bermula di Sungai Ichat Cameron Highlands dan kemudiannya Raub tanpa rasa cuak “without fear or favour“. 

3. Walaupun banyak pihak cuba memfitnah, mentohmah bahkan ada segelintir yang meremehkan segala usaha bersepadu Kerajaan Negeri Pahang, namun kepimpinan Menteri Besar tidak mudah gusar bahkan tegas mengambil tindakan mengikut segala lunas undang-undang termasuk berdepan gertakan perundangan melalui mahkamah oleh mereka berkepentingan.

4. Keputusan mahkamah hari ini juga jelas membuktikan bahawa kebijaksanaan dan ketegasan Kerajaan Negeri tidak sesekali membelakangi undang-undang, jauh sekali berniat menzalimi mana-mana pihak tanpa mengira kaum dan agama.

5. Pemuda UMNO berpendirian usaha murni Kerajaan Pahang ini wajar diteladani oleh negeri-negeri lain dan berharap tindakan bersepadu untuk mengekang fenomena penerokaan dan pencerobohan tanah haram ini dapat diteruskan demi kepentingan dan masa depan rakyat negeri Pahang.

Dr Asyraf Wajdi Dusuki

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

23 Disember 2020

.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts