KENYATAAN MEDIA PERKASA
12 November 2020
PERKASA termasuk sebahagian dari masyarakat yang dinyatakan secara umum oleh University Of Malaya Associations Of New Youth (UMANY) dalam kenyataan pemohonan maafnya atas isu menghina DYMM SPB YDP Agong hari ini dalam ‘Facebook’ pertubuhan tersebut, sama sekali TIDAK MENERIMA PERMOHONAN MAAF MEREKA.
Mereka masih muda dah perlu diajar secukupnya untuk tahu menghormati Institusi Raja-Raja Melayu terutamanya DYMM SPB YDP Agong.
Alasan UMANY, kenyataan awal mereka pada 30 Oktober 2020 itu sebagai satu perkara untuk perbincangan akademik tidak boleh diterima. Itu hanya sebagai satu alasan untuk mengelak mereka diambil tindakan.
PERKASA gesa kerajaan tidak berkompromi dalam kes ini kerana sekali dilepaskan mereka dari tindakan yang tegas, mereka akan melakukan lagi dan ia boleh menghasut pelajar-pelajar bukan sahaja daripada universiti tersebut bahkan akan merebak ke di IPTA dan IPTS yang lain untuk membenci dan menghina Raja-Raja Melayu dan YDP Agong.
PERKASA menggesa pihak berkuasa tidak menghentikan siasatan apabila mereka membuat permohonan maaf. Teruskan siasatan dan dakwa mereka segera.
Jangan lupa semasa kebangkitan pelajar tahun-tahun 70-an dahulu ramai mereka yang menyertai demonstrasi atas isu kemiskinan telah ditangkap dan didakwa serta ada yang ditahan bawah ISA seperti Anwar Ibrahim dan Ibrahim Ali. Kalau dahulu anak Melayu melawan demi perjuangkan rakyat yang miskin, mereka diambil tindakan begitu tegas sekali. Sekarang ini majoriti anak bukan Melayu menghina YDP Agong mahu dilepaskan pula?
Tuduhan mereka terhadap YDP Agong sangat serius dan perlu diajar secukupnya. Tahan mereka dalam penjara dan sekolahkan mereka tentang Perlembagaan Negara dan kuasa-kuasa yang ada pada Raja-Raja Melayu dan YDP Agong.
PERKASA merasakan sudah sampai masanya mata pelajaran Perlembagaan Negara dimasukan sebagai satu mata pelajaran penting wajib lulus untuk peperiksaan Sijil Pelajaran MALAYSIA (SPM) dan yang setaraf dengannya mulai tahun depan.
Dengan cara itu, semua rakyat Malaysia di atas 18 tahun akan faham apa perkara-perkara penting yang ada dalam Perlembagaan Negara yang jangan sesekali disentuh, dipertikaikan atau dihina terutama dalam hal-hal berkaitan hak keistimewaan orang Melayu dan peribumi, Bahasa Melayu, Raja-Raja Melayu dan hak keistimewaan Islam.
Sekian terima kasih.
Syed Hassan Syed Ali
Setiausaha Agung PERKASA
Kenyataan media UMANY boleh dibaca di pautan berikut; https://editormalaysia.com/18769/