Macam ini YB Timbalan Menteri Belia dan Sukan PPBM?
(Saya cuba terangkan dalam bahasa mudah, agar semua faham, jika anda baca sehingga tamat, dapatlah ilmu ekonomi sedikit)
Mengenai cadangan YB agar Bank Negara Malaysia mencetak duit untuk selesai masalah kewangan sewaktu Covid-19, saya hendak beri sikit pandangan.
Secara amnya nilai mata wang negara kita ini, disokong oleh 4 faktor berikut:
1) Simpanan emas
2) Simpanan mata wang asing
3) Pengeluaran negara (sumber asli / pengeluaran kilang / pertanian )
4) Fiat (kepercayaan dan keyakinan terhadap kerajaan yang menetap nilai mata wang)
Apakah maksud ‘disokong’?
Contohnya:
Nilai Ringgit adalah 1 USD kepada 4 Ringgit
Tiba-tiba, terdapat permintaan terhadap getah di Malaysia. Seluruh dunia hendak membeli getah Malaysia yang merupakan point ketiga di atas (pengeluaran sumber asli).
Jika ada seseorang dari Amerika hendak membeli getah Malaysia, beliau perlu membeli Ringgit Malaysia terlebih dahulu. Maka beliau akan menggunakan USD untuk membeli ringgit, dan ringgit untuk membeli getah.
Apa akan terjadi? Permintaan terhadap ringgit akan naik mendadak, dan nilainya akan meningkat. Apabila nilai meningkat, maka mula-mula 1 USD boleh dapat 4 Ringgit, sekarang hanya dapat 3 ringgit.
Begitu juga dengan nilai emas dan nilai mata wang asing.
Okay, sekarang kita faham, Ringgit disokong oleh 4 faktor di atas.
Sekarang masuk topik mengenai cetak duit.
Saya bagi contoh satu lagi:
Andai kata, Malaysia hanya ada;
– RM 1000 di seluruh pasaran
– 1000 orang rakyat di seluruh negara
– 1000 bungkus nasi lemak
Maka, setiap orang akan membeli sebungkus nasi lemak dengan harga RM1.
Kalau kita cetak tambahan RM1000 dan buang ke dalam pasaran, jumlah rakyat sama, jumlah nasi lemak sama, apa akan terjadi?
– RM 2000 di seluruh pasaran
– 1000 rakyat di seluruh negara
– 1000 bungkus nasi lemak
Maka harga nasi lemak akan naik jadi RM2 sebungkus, dan setiap orang masih hanya mampu beli sebungkus nasi lemak.
Fenomena ini dipanggil “Inflasi yang disebabkan pencetakan duit tanpa disokong“
Adakah pencetakan duit ini satu benda yang tidak boleh dilakukan dalam teori ekonomi? Tidak.
Saya ambil contoh pertama tadi, permintaan antarabangsa terhadap getah Malaysia naik mendadak.
Aa nilai ringgit naik jika dahulu 1 USD- bersamaan 4 ringgit, sekarang 1 USD bersamaan 3 ringgit.
Apa berlaku? Barangan keluaran Malaysia akan jadi lebih mahal. Dahulu jika seorang warga Singapura hendak membeli kereta Proton berharga RM60,000, beliau perlu membayar dengan harga USD15,000.
Sekarang, beliau perlu membayar USD20,000 bagi mendapatkan kereta Proton yang sama yang berharga RM60,000.
Maka eksport Malysia akan menjadi kurang, deflasi akan berlaku. Barang import menjadi murah, rakyat Malaysia akan membeli barangan luar negara dan orang luar negara tidak mahu membeli barang eksport dari Malaysia.
Maka GDP kita akan terjejas, banyak kilang akan tutup kerana tidak ada orang mahu membeli barangan kita.
Masa itu, salah satu cara monetary policy oleh BNM adalah dengan mencetak wang. Permintaan atas ringgit akan diatasi dengan pencetakan wang ringgit.
Ini akan menstabilkan pasaran perdagangan Malaysia dengan luar negara.
Kalau kita mencetak wang tanpa keempat-empat faktor di atas iaitu tanpa kenaikan nilai emas, tanpa kenaikan nilai simpanan mata wang asking serta tanpa kenaikan permintaan atas pengeluaran negara, maka hanya satu benda akan berlaku iaitu INFLASI.
Banyak yang telah tahu mengenai inflasi yang berlaku di negara Zimbabwe sehingga kertas wang 1 trilion dolarpun tiada nilainya kerana mereka keterlaluan mencetak tanpa disokong.
Sejak Dinasti Song, di mana mata wang kertas cetak digunakan, pencetakan mata wang kertas tanpa had (tanpa disokong) telah menyebabkan kebanyakan Dinasti di China kuno runtuh, sampailah Dinasti Ming.
Kalaulah pencetakan wang dapat selamatkan ekonomi akibat pandemik Covid-19, saya yakin Malaysia bukannya negara pertama yang akan melakukannya.
Saya rasa Tok Abah lantik YB jadi Timbalan Menteri Belia dan Sukan, bukannya Timbalan Menteri Kewangan tentulah ada sebabnya.
Malah, kalau idea ini boleh digunakan sekalipun, saluran yang betul adalah melalui perjumpaan dengan Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Negara, bukannya melalui wawancara dengan radio BFM.
Sekadar pandangan saya.
Terima kasih.
Apek Cina