KALIMAH ALLAH SEPATUTNYA EKSKLUSIF UNTUK AGAMA, UMAT ISLAM SAHAJA – APEK CINA

344
SHARES
2k
VIEWS

Menarik pandangan seorang rakyat Malaysia berbangsa Cina mengenai polemik kalimah yang berlaku akhir-akhir ini. Walaupun bukan beragama Islam, beliau yang lebih dikenali sebagai ‘Apek Cina’ memberi pandangan bernas dan mudah difahami.

Berikut petikan penuh kenyataan beliau yang disiarkan di laman Facebook-nya;

__

Saya memohon maaf sekiranya posting ini menyinggung perasaan mana-mana pihak.

(Dalam) Bahasa Melayu, ‘God‘ ialah ‘Tuhan’. (Manakala) “Allah SWT” ialah nama khusus untuk Tuhan (bagi orang-orang) Islam.

لَا إِلَٰهَ إِلَّا ٱللَّٰهُ (Arab) 

Maksudnya: Tiada Tuhan (yang disembah) melainkan Allah

Dengan ayat ini, (nama) ‘Allah’ telah dibezakan daripada ‘Tuhan’ (lain-lain kepercayaan) antara ‘La’ – ‘tiada’, ‘ilaha’ – ‘Tuhan (yang disembah)’ dan “illaAllah” – “melainkan Allah” – (yakni hanyasanya satu-satunya Tuhan ialah Allah).

(Tambahan: Ulama berkata, hatta Abu Jahal yang mahir dan amat fasih berbahasa Arab berbanding orang Arab yang lain, beliau takut dan langsung tidak mahu menyebut kalimah “Lailahaillallah” kerana beliau faham bahawa ‘la’ ini bermaksud kalimah ‘nafi’ – yakni menafikan terus tiadanya Tuhan lain selain Allah – justeru beliau langsung tidak mahu menyebut kerana tidak mahu menafikan tuhan kepercayaannya)

Nama “Allah SWT” digunakan serentak, sesuara (seluruhnya), sedunia (di satu dunia) sebagai satu-satunya Tuhan dalam agama Islam (dan bagi orang-orang Islam) termasuk bunyi dalam Bahasa Mandarin “阿拉/ A La“

Kristian pula, ada yang panggil ‘God’, ada yang panggil 上帝 “Shang Di”, ada yang panggil Jehovah, ada yang panggil Shin/kami.

Tidak dinafikan ada sekumpulan kecil yang panggil Christian God sebagai Allah. Tetapi praktis antarabangsa ialah;

Nama Christian God adalah berlainan dipanggil dengan pelbagai jenis bahasa.

Nama “Allah SWT“ ialah secara konsisten dipanggil (digunakan) di seluruh pelusuk dunia sebagai “Allah SWT”.

Adalah pandangan saya dengan keIkhlasan umat Muslim sedunia, nama “Allah SWT“ sepatutnya merujuk kepada Tuhan Agung (bagi) agama Islam sahaja.

Sekian, terima kasih. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts