HALIM SAAD TAMPIL NAFI DIPANGGIL SPRM

484
SHARES
1.6k
VIEWS

Tan Sri Halim Saad tampil menafikan laporan beberapa portal berita yang mengaitkan namanya dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pembelian saham dalam Renong Bhd oleh United Engineers (M) Bhd (UEM) pada harga RM2.3 bilion pada tahun 1997.

Urus niaga tersebut dilaporkan berlaku ketika krisis kewangan Asia dan menyebabkan Indeks Komposit KL menjunam sebanyak 20 peratus.

Portal tersebut yang sebelum ini memetik sumber SPRM memberitahu dua nama yang dikaitkan itu ialah, Halim Saad dan juga Tun Daim Zainudin, bekas Menteri Kewangan di zaman Tun Mahathir Mohamad.

Halim turut mengatakan artikel yang disiarkan itu tidak berasas serta menimbulkan pertikaian mengenai peranannya dalam pembelian saham Renong oleh UEM, selain turut mencabar agar mereka mengemukakan bukti mengenai salah lakunya dalam urus niaga tersebut.

Bagaimanapun sehingga kini Tun Daim masih mengunci mulut dan belum ada sebarang kenyataan disiarkan oleh pihaknya bagi menafikan perkara tersebut.

Sebagai rekod, kes ini ditimbulkan kembali apabila terdapat beberapa individu dan tokoh terkemuka negara dikaitkan dengan dokumen sulit Pandora Papers yang dibocorkan kepada International Consortium of Investigative Journalists (ICIJ) berhubung transaksi yang berlaku di beberapa pusat kewangan luar pesisir.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts