SYABAS KDN, SERBU KEDAI SWATCH TERKAIT ISU LGBT

96
SHARES
310
VIEWS

Isu kedai jam tangan Swatch diserbu pihak berkuasa terkait isu Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) bukanlah dibuat atas dasar diskriminasi tetapi semata-mata berkaitan undang-undang di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata serbuan yang dibuat ke atas kedai jam tersebut baru-baru ini bukanlah mengenai warna jam tangan yang dijual di kedai berkenaan, sebaliknya berkaitan LGBT.

Sungguhpun begitu, beliau akui tidak mempunyai butiran mengenai kes tersebut dan meminta pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk memberikan penjelasan.

Biar KDN menjelaskan kerana saya tidak mempunyai butiran. Kecuali fakta bahawa ia bukan mengenai isu warna tetapi isu bahawa ia LGBT.

Sebagai rekod, kedai Swatch di seluruh negara yang mempamerkan koleksi Pride diserbu oleh KDN pada 13 Mei dan 14 Mei lalu, membabitkan lokasi di Pavilion Kuala Lumpur, One Utama, Sunway Pyramid, Setia City Mall, Mid Valley Megamall, Southkey, Sunway Putra Mall, Sogo KL, Queensbay, Fahrenheit 88 dan Suria Sabah.

Lima lagi lokasi pula hanya diberikan amaran iaitu di KTCC Terengganu, Aeon Kota Bharu, Aman Central Kedah, City Square dan Viva City di Kuching.

Kumpulan Swatch yang kecewa dengan tindakan rampasan oleh KDN itu dilaporkan akan mengambil tindakan undang-undang untuk mendapatkan semula jam tangan LGBT mereka.

Kesimpulannya, Kumpulan Swatch perlulah akur dengan undang-undang di mana-mana negara mereka beroperasi, sepertimana peribahasa Melayu, jika masuk ke kandang kambing mengembek, masuk ke kandang kerbau menguak.

Turutilah sahaja namun jika tidak mahu maka lebih baik mencari negara lain untuk menjalankan perniagaan. Apapun, syabas KDN yang bertegas dengan isu LGBT! 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts