AKSB PERTAHAN PEMBERIAN SAGU HATI, AMALAN BIASA UNTUK RINGANKAN BEBAN

73
SHARES
237
VIEWS

Isu syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) dikritik teruk dalam isu pemberian sagu hati kepada Ahli Lembaga Pengarahnya sebanyak RM10,000 dan RM200 buat kakitangan lain dijelaskan sebagai “meringankan beban warga syarikat itu ketika sambutan Aidilfitri”. 

Mereka turut berkata pemberian sebegini merupakan amalan biasa sesebuah syarikat sebagai keraian dan bayaran itu dibuat mengikut prosedur tadbir urus dan diluluskan lembaga pengarah selaku badan tertinggi sesebuah syarikat. Penjelasan ini dibuat oleh Urusetia Penerangan dan Komunikasi Negeri Kelantan di laman Facebook mereka hari ini. 

Kenyataan tersebut dibuat bagi mempertahan tindakan AKSB yang dihujani kritikan kerana isu air di Kelantan masih jauh daripada selesai namun bayaran sagu hati yang tinggi tetap diterima oleh ahli lembaga pengarahnya – yang jauh berbeza dengan kakitangan biasa.

Itupun dilakukan selepas dokumen kelulusan pemberian sagu hati itu dibocorkan beberapa hari lepas, yang turut menyebabkan AKSB membuat laporan polis kerana katanya surat tersebut diklasifikasikan sebagai sulit di bawah Akta OSA. 

Sebagai rekod, setiausaha syarikat kepada AKSB turut menerima imbuhan sagu hati sebanyak RM2,000. Apapun, semoga beban ahli-ahli lembaga pengarah yang menerima imbuhan tinggi itu berjaya dikurangkan.

Selain itu semoga mereka juga mampu memerah minda lebih gigih untuk menyelesaikan masalah air di Kelantan dengan segera kelak. 

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts