DARURAT BATU SAPI: PERSEMBAHAN FAKTA, BUKAN AGENDA TERSEMBUNYI

236
SHARES
761
VIEWS

Oleh Tan Sri Shahrir Abdul Samad

Kalau nasihat yang disampaikan itu munasabah, YDP Agong mudah sangat menerimanya.

TS Muhyiddin tidak perlupun hendak bawa rombongan besar untuk mengadap. Azmin Ali tidak perlu datang sekali. Hamzah Zainuddinpun tidak payah ikut.

YDP Agong mendengar taklimat daripada Ketua Setiausaha Negara, Peguam Negara, Pengerusi SPR dan ‘hero’ COVID-19 kita, Ketua Pengarah Kesihatan.

Fakta-fakta dipersembahkan, bukan agenda tersembunyi.

PRK Batu Sapi ditangguhkan.

Sudah berjaya ‘nasihat’ Kebawah Duli supaya darurat hanya untuk kawasan Parlimen Batu Sapi, jangan pula memandai hendak ulangi ‘nasihat’ agar YDP Agong isytihar darurat bagi keseluruhan kompleks Parlimen.

Itu hendak elak Bajet Perikatan Nasional diundi di Dewan Rakyat sahaja.

Shafie Apdal pula, sebagai antara punca wabak COVID-19 mendadak di Sabah, tetap dengan wataknya sebagai seorang yang suka kepada pilihan raya.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts