ISU KWSP: DUA KESILAPAN YANG MERUMITKAN PERDANA MENTERI

2k
SHARES
6.3k
VIEWS

1. Benarkah Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin masih berada dalam dilema sama ada ingin menurut desakan pelbagai pihak yang menuntut moratorium secara automatik dan tidak bersasar serta pengeluaran ‘one off‘ Akaun 1 KWSP, atau  beliau sebenarnya sudah bertekad kekal dengan pendirian tidak mahu melaksanakannya?

2. Selain itu, pandangan mengatakan Muhyiddin ego dan tidak mahu tunduk dengan cadangan yang dimulakan oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak tentulah tidak berapa tepat, kerana tidak mungkin seorang Perdana Menteri tidak mengutamakan rakyat dalam waktu yang sukar sebegini.

3. Apatah lagi cadangan Najib sebelum ini untuk mengeluarkan RM500 sebulan daripada Akaun 2 KWSP sudahpun dipenuhi oleh kerajaan, membuktikan sebarang cadangan yang dirasakan baik, akan dilaksanakan. 

4. Dalam masa yang sama, walaupun kerajaan sehingga ke hari ini masih enggan membenarkan cadangan pengeluaran ‘one off‘ sebanyak RM10,000 tersebut, ia tidak bermakna cadangan Najib itu tidak realistik atau sukar dilaksanakan – kerana hakikatnya rakyat yang sangat terkesan ketika ini memerlukan satu penyelesaian segera. 

5. Justeru, sebagai seorang Perdana Menteri yang prihatin, tidak mungkin Muhyiddin sanggup mengabaikan rakyat semata-mata untuk mempertahan ego atau tidak mahu tunduk dengan cadangan yang lebih baik, melainkan ada sebab yang lain iaitu;

5.1. Semua yang terlibat iaitu KWSP, Kementerian Kewangan serta pasukan berkaitan yang mengkaji belanjawan termasuk penasihat di sekeliling Perdana Menteri tidak berupaya memberikan SATU CADANGAN ATAU PILIHAN LAIN YANG LEBIH BAIK BAGI MENGGANTIKAN CADANGAN yang dikemukakan oleh Najib. 

5.2. NARATIF YANG DIGUNAKAN JUGA SALAH dan jauh menyimpang daripada apa yang sepatutnya dilakukan kerana pihak kerajaan terutamanya Kementerian Kewangan dan KWSP sepatutnya tidak ‘terjebak’ dengan cara memberi penjelasan melalui setiap ‘posting‘ di laman Facebook Najib. 

6. Cara ini bukan sahaja membuang masa malah tidak diendahkan rakyat kerana mereka hanya ingin mengetahui apa yang kerajaan akan ganti atau tawarkan jika cadangan tersebut tidak mahu dilaksanakan?

7. Jika tiada cadangan atau pilihan lain yang lebih baik, maka mereka yang terlibat perlu merendahkan ego masing-masing dan akui tidak mampu memberi cadangan yang lebih baik. Mereka juga wajar menasihati Perdana Menteri agar segera melaksanakan cadangan pengeluaran seperti yang dicadangkan. 

8. Mereka juga perlu berhenti memberi cadangan dan penyelesaian yang tidak tepat kepada Perdana Menteri yang akhirnya membuatkan beliau sendiri kesipuan apabila melaksanakan cadangan tersebut. 

9. Ini juga mampu mengelakkan implikasi berpanjangan, berupaya meredakan kemarahan rakyat dan mengelak sangka buruk mereka terhadap kerajaan. 

10. Apa yang penting, dengan meluluskan cadangan tersebut, Muhyiddin juga akan beroleh dua keuntungan iaitu; 1) mampu memulihkan keyakinan rakyat terhadapnya, dan 2) mungkin mampu menyelamatkan kerajaannya.

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts