HIMPUNAN AMAN: DAHULU DEMOKRASI KINI PENCETUS KETEGANGAN

356
SHARES
2.1k
VIEWS

Jika sebelum membentuk kerajaan, pihak Pakatan Harapan kerap mengadakan demonstasi ataupun himpunan untuk mendesak sesuatu perkara. Demonstrasi serta himpunan aman ini dilazimi mereka sehinggakan pihak polis yang membantu menjaga keselamatan dan keharmonian turut ditohmah dengan pelbagai tuduhan termasuk menghalang demokrasi.

Sebaliknya apabila ada pihak yang ingin membuat himpunan aman esok sebagai membantah pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC), Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (AMANAH) Khalid Samad yang juga Menteri Wilayah Persekutuan mempertikaikan tindakan gabungan 300 NGO Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) yang mahu mengadakan himpunan tersebut.

Khalid menyifatkan tindakan itu hanya akan menimbulkan ketegangan di mana menurut beliau perkara yang wajar dilakukan ialah dengan mencari penyelesaian.

“Saya rasa bukan mereka sahaja yang membela ummah. Masalahnya ada satu pihak anggap dia sahaja yang bela ummah dan satu lagi pihak dia sahaja yang jaga kepentingan Melayu.”

“Ia menimbulkan ketegangan. Apa yang kita perlu cari ialah penyelesaian yang baik secara keseluruhan daripada semua pihak.”

“Saya rasa gambaran konon Melayu tersepit, dalam bahaya beri persepsi yang ingin diwujudkan. Sedangkan ramai masyarakat Melayu dan Islam lebih terjamin.”

Hari ini kerajaan Pakatan Harapan baru tersedar mengenai bahaya dan kesan himpunan serta demonstrasi ataupun sememangnya apa sahaja boleh dibuat oleh Pakatan Harapan adalah benar dan baik belaka?

Manakala jika ada pihak lain membuat perkara yang sama untuk mencontohi mereka pula akan diselar sebagai menggugat keharmonian ataupun mencetus ketegangan.

Kita mengharapkan kerajaan baharu ini akan lebih bersifat demokratik, tidak berat sebelah serta bersikap telus dengan tidak meletakkan kesalahan kepada pihak lain sebagai alasan ataupun sekiranya ingin berdalih dari sesuatu isu.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts