SURAT SOKONGAN ANNUAR MUSA MENIMBULKAN BANYAK PERSOALAN

490
SHARES
2.9k
VIEWS

Tular di media sosial termasuk melalui WhatsApp mengenai surat sokongan yang mempunyai nombor rujukan rasmi Kementerian Wilayah Persekutuan untuk memohon “MELAKSANAKAN PROJEK SECARA RUNDINGAN TERUS BAGI PROJEK CENTRAL PINE ROAD – CADANGAN MEMBINA DAN MENYIAPKAN LEBUHRAYA KOTA BHARU KE KUALA KRAI, KELANTAN, PAKEJ 2C DAN 3A“.

Surat dua helai tersebut bertarikh 22 Mei turut mempunyai cop diterima oleh Ketua Setiausaha Sulit (KSUS) Perdana Menteri bertarikh 29 Mei serta terdapat juga nota beserta cop dan tandatangan Perdana Menteri bertarikh 3 Jun 2020.

Perkara tersebut sememangnya mengejutkan kerana melalui surat tersebut jelas bertujuan menyokong permohonan Pengarah Urusan Syarikat CENGALJATI SDN BHD yang juga bekas Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Ir. Haji Shaari Bin Haji Hassan untuk mendapatkan projek tersebut secara rundingan terus.

Annuar berkata, “SAYA MENYOKONG PERMOHONAN INI DAN MEMOHON PERTIMBANGAN DAN KELULUSAN YAB TAN SRI JUA. KELULUSAN YAB TAN SRI AMATLAH DIHARGAI DAN DIDAHULUI DENGAN UCAPAN RIBUAN TERIMA KASIH.”

Annuar turut mengatakan projek tersebut berada dalam Parlimen beliau iaitu Ketereh namun tidak menyatakan kelayakan atau kepakaran khusus syarikat Cengaljati selain daripada mengatakan syarikat tersebut “antara kontraktor yang sedang melaksanakan sebahagian daripada lebuhraya tersebut sebelum ini“.

Laman web Wilayahku juga secara tidak langsung ‘mengesahkan’ surat ini kerana tiada penafian mengatakan ia sebagai palsu sebaliknya hanya mengatakan “Projek Central Pine Road dibuat secara tender terbuka“. Rujuk pautan;

https://www.wilayahku.com.my/projek-central-spine-road-dibuat-secara-tender-terbuka/#.X84vSynmiDY

Portal tersebut turut memetik sumber yang tidak dinyatakan yang berkata, “Orang minta tolong dan sokongan itu biasa, tapi yang pasti projek ini bukan direct nego, its tender terbuka,” – yang tidak sepatutnya berlaku kerana ia sebenarnya luar biasa dan tidak beretika kerana projek tersebut tidak berada dalam kategori ‘kritikal’ atau melibatkan keselamatan negara.

Selain itu, apa yang turut dipertikaikan ialah kewajaran surat sokongan tersebut dikeluarkan bukan sahaja mengenai statusnya yang pada awalnya dimohon secara rundingan terus tetapi kemudiannya ditetapkan sebagai tender terbuka. 

Jika terbukti benar, kredibiliti Annuar jelas tercalar kerana beliau sebelum ini dilihat tidak suka dengan budaya surat sokongan apabila menegur seorang menteri yang menyokong anak kepada timbalannya agar dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Pharmaniaga.

Letterhead bukan untuk disalahgunakan.. Urusan keluarga tolong ketepikan.. Hentikan perkara tidak wajar. Tumpu berkhidmat untuk rakyat...”

Rujuk laman Twitter beliau bertarikh 21 Ogos di pautan; https://mobile.twitter.com/AnnuarMusa/status/1296823722020450304

Justeru segala persoalan yang timbul di sebalik surat sokongan tersebut perlu dijelaskan oleh Annuar kerana ia menimbulkan prasangka dan pelbagai persepsi buruk di sebalik kecenderungan beliau akhir-akhir ini yang dilihat beriya menyokong Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Bersatu berbanding partinya sendiri.

Antara persoalan yang perlu Annuar jelaskan segera ialah;

1. Adakah wujud justifikasi ‘kritikal’ mengenai projek tersebut, contohnya kerana keselamatan  negara untuk mewajarkan is dilakukan secara rundingan terus?

2. Apakah hubungan Annuar dan syarikat Cengaljati Sdn Bhd?

3. Apakah kepakaran khusus dan pengalaman syarikat tersebut sehingga beliau rasa wujud keperluan untuk menyokong syarikat tersebut?

4. Apa kaitan kementerian dan kapasiti beliau selaku Menteri Wilayah Persekutuan dengan projek di Kelantan sehingga menggunakan kepala surat rasmi Kementerian Wilayah Persekutuan?

5. Apakah status terkini tender terbuka tersebut, sama ada masih berjalan ataupun sudah ditutup?

6. Jika sudah ditutup, apakah nama syarikat yang dianugerahkan projek tersebut?

Selain itu persoalan yang kurang penting kepada kepentingan awam tetapi penting bagi Annuar ialah;

Siapa yang bertanggungjawab membocorkan surat tersebut kerana sudah lebih enam bulan ia dibuat serta apakah tujuannya ditularkan pada waktu ini? 

Justeru semua pihak tertunggu-tunggu apa komen Annuar dalam isu memalukan ini melainkan beliau akan membuat kenyataan menafikan surat tersebut dikeluarkan olehnya.

Namun jika beliau nafikan selepas ini, maka berita di portal Wilayahku perlu segera ‘dibetulkan’ kerana khuatir akan bercanggah dengan penafian tersebut. 

Sebagai rekod, Wilayahku merupakan sebuah akhbar mingguan yang diterbitkan 4 kali sebulan, diterbitkan oleh YWP Media Sdn Bhd iaitu sebuah anak syarikat Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) dengan kerjasama Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP).

Rujuk pautan; https://www.wilayahku.com.my/mengenai-wilayahku/#.X840pCnmiDY

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts