NEGARA PERLUKAN KESTABILAN MELALUI PRU-15, WUJUDKAN AKTA LOMPAT PARTI – ISHAM JALIL

123
SHARES
397
VIEWS

DYMM Paduka Seri Sultan Perak bertitah pagi ini.

Antara kandungan titah Baginda adalah berikut:

1. Sejak PRU-14, sudah terdapat 3 kali istiadat angkat sumpah Menteri Besar dilakukan di negeri Perak.

2. Kerajaan tidak dapat mengekalkan kuasa secara konsisten (menunjukkan yang kerajaan tidak stabil).

3. Sifat sebenar seseorang akan terserlah ketika seseorang itu mendapat kuasa, di mana kata tidak dikota atau bertukar nada dan berlainan irama, dan bersedia mengatakan yang hitam itu putih dan putih itu hitam.

4. Rakyat umpama kancil tersepit di antara gajah-gajah yang beradu kekuatan, membuat rakyat teraniaya; jangan aniaya rakyat kerana doa orang teraniaya tiada dinding dengan Allah.

……..

Saya menjunjung kasih dan amat suka akan titah Baginda ini. Titah Baginda ini amat berhalus. Walaupun demikian, ia adalah satu teguran yang serius, benar dan ikhlas.

Kita perlu wujudkan kerajaan yang stabil.

Oleh itu pilihan raya umum dan pilihan raya negeri perlu diadakan segera sebaik apabila wabak COVID-19 reda.

Dan Akta Lompat Parti perlu dibuat dan dijadikan undang-undang dalam Perlembagaan supaya kestabilan politik dapat dikukuhkan.

Tahniah YAB Datuk Saarani Mohamad, Menteri Besar Perak ke-14.

Daulat Tuanku.

Oleh Isham Jalil

10 Disember 2020

https://www.facebook.com/220524935369705/posts/876407519781440/?d=n

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts