MAJORITI MELAYU TOLAK PARTI YANG BERSAMA DAP

383
SHARES
2.3k
VIEWS

Sejarah membuktikan majoriti Melayu menolak parti-parti yang bekerjasama dengan DAP. Parti Semangat 46, PKR, Amanah, PAS dan Bersatu daripada PRU 1990 hingga PRU 2018, boleh dilihat dengan jelas calon-calon Melayu yang menang dari parti yang bekerjasama dengan DAP adalah kerana bantuan undi daripada kaum bukan Melayu.

Sekarang Bersatu sudah tinggalkan kerjasama dengan DAP dan mulai diterima semula oleh orang Melayu. Ia akan lebih diterima bila sudah bekerjasama pula dengan PAS. Manakala PAS pula sudah tidak lagi bersama DAP sejak PRU yang lepas.

Dengan Bersatu dan PAS sekarang bersama UMNO, menjadikan lebih kuat dan menarik semua golongan Melayu. Melayu lebih rasa terselamat kebelakangan ini bila mana 3 parti Melayu tersebut membentuk Kerajaan Pusat dan mentadbir beberapa negeri.

Bagaimanapun ura-ura UMNO akan bekerjasama dengan DAP untuk tubuhkan kerajaan baharu Perak setelah Menteri Besar negeri itu tidak mendapat sokongan majoriti di Dewan Undangan Negeri tersebut, sangat mengecewakan majoriti Melayu. Ini adalah kerana selama ini UMNO lah yang mendedahkan banyak agenda tersembunyi DAP untuk berkuasa dan menjadikan negara ini di bawah pemerintahan Kristian serta menghilangkan keistimewaan orang Melayu.

Ramai menjangkakan jika UMNO boleh bekerjasama dengan DAP di Perak, mengapa pula tidak boleh bersama di peringkat Pusat bagi membentuk kerajaan baharu Malaysia? Jika ini berlaku riwayat UMNO hampir ke penghujungnya. Majoriti Melayu akan menolak perti tersebut. 

UMNO bakal hilang lebih banyak kerusi pada PRU-15 jika terus kekalkan niat untuk bekerjsama dengan DAP. Mereka juga belum tentu boleh mendapat sokongan kaum Cina. UMNO juga bakal ditolak oleh semua kaum jika bersama DAP.

Apapun, dipercayai majoriti Melayu merasa lega dengan keputusan UMNO, Bersatu dan PAS apabila mahu terus bekerjasama menerajui negeri Perak dengan Menteri Besar yang baharu.

Kami mendoakan semua parti-parti Melayu bersatu dalam satu pakatan yang jitu demi perjuangan “Alif Ba Ta”. 

Syed Hassan Syed Ali

Setiausaha Agung PERKASA 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts