SULTAN PERAK PERKENAN SAARANI SEBAGAI MENTERI BESAR

363
SHARES
2.1k
VIEWS
Kemelut politik di Perak yang tercetus kerana ingin menukarkan Menteri Besar yang mempunyai kaitan dengan isu tanah dan masalah antara parti, telah berjaya diselesaikan dengan baik dan saksama. 
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah juga berkenan melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan, Datuk Saarani Mohamad sebagai Menteri Besar Perak yang baharu, berpandukan Perkara XVI, Ayat 2 (a), Undang-undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan.
Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Kolonel (B) Datuk Abdul Rahim Mohamad Nor dalam satu kenyataan berkata ia selepas Sultan Nazrin mempertimbang cadangan serta yakin Saarani memperoleh sokongan sebahagian besar ADUN. 

Pada timbangan baginda, Saarani boleh mendapat kepercayaan sebahagian besar daripada ahli-ahli Dewan Negeri untuk dilantik sebagai Menteri Besar Perak,” katanya dalam satu kenyataan yang dibacakan Ahli Dewan Negara Perak, Datuk Seri Annuar Zaini di Istana Kinta, petang tadi. 

Istiadat angkat sumpah jawatan Menteri Besar Perak akan dilangsungkan pada jam 11 pagi esok di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts