1. Pakatan Harapan sebenarnya ketandusan fakta untuk berfungsi sebagai pembangkang yang lebih berkesan dalam sebuah sistem demokrasi berparlimen seperti di Malaysia. Kegagalan ini mencerminkan ketidakupayaan mereka menjalankan tugas semak dan imbang (check and balance) kepada parti pemerintah.
2. Seolah-olah bagai mahu “menutup ketidakupayaan” mereka itu seringkali Ketua Pembangkang sengaja menggembar-gemburkan kononnya parti pembangkang mempunyai “convincing and formidable figures” di kalangan Ahli Parlimen untuk mengambilalih kerajaan tetapi sehingga kini masih gagal. Keakuan punya bilangan yang dikatakan ‘meyakinkan’ itu telah 3 kali diulangi.
3. Kesediaan DYMM SPB YDP Agong menerima mengadap Ketua Pembangkang tempoh hari sebelum pembentangan Bajet 2021 memperlihatkan peranan berkesan Ketua Negara memainkan fungsi Baginda selaku Raja Berperlembagaan sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
4. Namun peluang keemasan yang terbuka luas buat pihak pembangkang ketika itu tidak mampu dizahirkan oleh tokoh berkenaan kepada rakyat dengan jumlah Ahli Parlimen yang dikatakan meyakinkan telah bersedia bersama dengan beliau pada bila-bila masa.
5. Berikutnya, pengundian yang gagal untuk undi belah bahagi di Parlimen dari kalangan pembangkang juga menjadi bukti sahih bahawa mereka telah gagal sama sekali menyekat simbolik “ketidakpercayaan Ahli Parlimen terhadap Perdana Menteri”. Sesungguhnya, rakyat memerhati permainan ini.
7. Sehingga 12 Disember 2020, semua pengundian belah bahagi di kalangan Ahli Parlimen untuk perbahasan di Peringkat Jawatankuasa Bajet Kementerian sekali lagi gagal untuk memberi makna wujudnya “convincing and formidable figures” untuk menjatuhkan kewibawaan Perdana Menteri dan ahli Kabinetnya.
8. Kini sudah terang lagi jelas bahawa Ketua Pembangkang dan parti PH yang mendukungnya telah gagal untuk meyakinkan para pengundi, hatta juga yang dari partinya sendiri, apatah lagi terhadap parti pemerintah bahawa apa yang dipersembahkan kepada YDP Agong oleh Ketua Pembangkang tempoh hari adalah suatu yang amat memalukan.
9. Flipping to the other side of the coin – bukankah itu petanda amat jelas dan selaras dengan amalan negara-negara demokrasi maju lainnya (tanpa menyebut negara), Ketua Pembangkang jelas telah hilang kepercayaan dalam kalangan ahli partinya sendiri dan juga kepada rakyat bahawa beliau tiada kredibiliti dan wajib mengundurkan diri untuk digantikan dengan Ahli Parlimen lain yang lebih berwibawa.
10. Game is over for the Opposition – lebih baik pembangkang memberi fokus dan idea bernas untuk kerajaan bagi meningkatkan keupayaan menjana ekonomi negara dan menangani masalah pandemik Covid-19 yang semakin menular, daripada sentiasa gagal membuktikan keberkesanan dan kualiti perbahasan di Dewan Rakyat, dengan sikap terpekik terlolong tiada hala tuju dan juga hanya membuang masa dan wang rakyat yang pernah mengundi mewakili mereka di Parlimen.
11. Shame on you, guys – Seluruh warga sudah dapat menilai keupayaan wakil rakyat pembangkang itu di siaran TV dan pastinya menerusi PRU-15 ini nanti, rakyat akan memberikan undian yang ‘convincing‘ dan mampu membawa ‘formidable figures‘ sejumlah Ahli Parlimen dan barisan kabinet yang jauh lebih mantap.
Haji Rashidi bin Haris
Ketua Media MUAFAKAT
Ketua Komunikasi & Multimedia PEMBELA