KENAPA ZETI DAN PEGUAM KELUARGA BELIAU TIDAK NAFI AKUAN BERSUMPAH SERTA MEMBUAT LAPORAN POLIS?

2.8k
SHARES
9k
VIEWS

Bekas Perdana Menteri keenam iaitu Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mempertikai tindakan Tan Sri Zeti Aziz yang tidak membuat penafian mengenai Akuan Bersumpah (SD) yang tular mengenai pendedahan skandal pemindahan wang ke akaun keluarga beliau oleh Jho Low, pelarian dalam buruan yang dikehendaki oleh Malaysia. 

Saya amat pelik kenapa Zeti tidak nafi Akuan Bersumpah (SD) yang melibatkan suami dan dua anak dia adalah palsu?” 

Ini dokumen SD dengan tanda tangan dan nombor MyKad mereka, kenapa pulak mereka tidak nafi dan kenapa tidak buat laporan polis atas pemalsuan dokumen SD?” 

Najib turut mempertikai kenapa firma guaman yang mewakili Zeti juga tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan untuk mengatakan tanda tangan suami dan dua anak Zeti telah disalahgunakan sekiranya SD tersebut dipalsukan. 

Kenapa firma guaman pula tidak keluarkan kenyataan untuk kata nama, cop dan tanda tangan mereka telah disalahgunakan untuk membuat SD palsu dan membuat laporan polis?” 

Ataupun akuan bersumpah disahkan peguam adalah benda remeh dan langsung tak penting lagi dalam zaman pandemik Covid ini?” 

Dari tahun 2020 hingga tahun 2021, saya tunggu Zeti dan firma guaman nafikan SD ini tapi belum kesampaian. Pelik. Pelik.” 

Sebagai rekod, firma guaman yang mewakili keluarga Zeti sudah mengesahkan bahawa ketiga-tiga SD yang tular tersebut sebagai sahih. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts