ANTARA POLITIK MAWARDI DAN MACHIAVELLI

150
SHARES
483
VIEWS

Hujung tahun lalu, beberapa parti telah mengadakan perhimpunan agung bagi menutup tirai 2020. Sekalipun terpaksa patuh kepada SOP namun kemeriahan tetap ada, tidak terkecuali parti-parti dalam satu pakatan yang tersungkur pada tahun 2020. Mereka tersungkur menjunam tanpa terduga sama sekali, akibat tindakan pemimpin agung mereka sendiri. Bagi parti-parti dalam pakatan berkenaan, tahun 2020 adalah ‘takwim gelap’ mereka.

2. Oleh itu, tidak terkejut apabila beberapa pemimpin utama daripada pakatan tersungkur ini dengan sinis mengatakan kerajaan hari ini adalah “kerajaan tebuk atap” atau “kerajaan pintu belakang” yang kononnya telah merampas “hak dan mandat rakyat” walhal kerajaan tersebut secara tidak langsung telah diabsahkan oleh mereka sendiri semasa pengundian kelulusan Belanjawan 2021 baru-baru ini. Seluruh rakyat menjadi saksi terhadap rakaman langsung di Parlimen dan tahu Anwar Ibrahim dan PH gagal!

Rujuk pautan;

https://ismaweb.net/2020/12/16/gagal-kempen-tolak-belanjawan-2021-patut-jadi-final-call-buat-anwar/

3. Dan seperti biasa, sama ada semasa ucaptama atau bersama kelompok tertentu, ada kalangan pemimpin mereka bercakap tentang “prinsip dalam Perlembagaan mesti dipertahankan” dan tentunya ucapan berapi-api ini sedap didengar oleh ahli yang hadir kerana kepetahan berpidato. Secara jujurnya isi ucapannya kosong belaka kerana perilaku peribadi pemimpin itu tidak selari dengan apa yang diucapkannya; bak kata orang, “Bagaikan pondan bersyarah dia tidak pernah diliwat orang.” 

4. Apa yang paling terserlah apabila bekas banduan berkenaan, kerana sangat terdesak, terpaksa melakukan apa sahaja bagi mencapai matlamat peribadinya. Beliau kini masih gigih berusaha membeli beberapa Ahli Parlimen yang disangkakan mudah disogok atau yang ‘desperado’ dengan kes mahkamah lalu dikumpulkannya untuk menjatuhkan Perikatan Nasional. Namun setiap kali dikemukakan “angka ajaibnya” setiap kali itu juga dia dimalukan. “Tetapi ada apa pada malu, bossku?” mengingatkan kata-kata anak-anak muda suatu ketika dulu.

5. Perkara ini terserlah apabila Pakatan Harapan hanya berjaya mendapat 108 undian sokongan sahaja ketika undi belah bahagi sepanjang pembentangan bajet negara apabila tidak ada dalam kalangan ahli UMNO dan Barisan Nasional yang belot tidak termasuk Ku Li yang berkecuali tidak mahu mengundi. Angka 108 tidak semestinya kekal sebagai bukti sokongan terhadapnya tidak seutuh seperti dakwaan beliau kononnya mempunyai sokongan majoriti “strong, formidable, convincing” untuk mengambilalih kerajaan.

6. Anwar is a shrewed Machiavellian who will say and do anything to get his way to be PM after so many years as PM Tepi! Suara-suara tidak puas hati di kalangan pimpinan pakatan itu sendiri mulai kedengaran dan disusuli dengan beberapa cadangan mahu menggantikan tempat beliau sebagai Ketua Pembangkang. Ia mula hangat diperkatakan dan diperbincangkan walaupun beberapa kali dinafikan oleh beliau, namun lubang yang besar sukar untuk ditutup semuanya, kelompongan pasti berlaku. Anwar is in fact, already a failed leader! Tetapi mengenali Anwar, apa malunya, bossku, kan?

7. Begitulah Anwar Ibrahim yang bermati-matian mencari ruang-ruang tikus untuk menjadi Perdana Menteri – tidak kira halal-haram, pantang dan larang, atas atau bawah. Dia hanya melihat kerusi Perdana Menteri tanpa peduli kerusi di sekelilingnya bertikaman sesama sendiri dan dalam senyap tanpa disedarinya dia telah meletakkan dirinya mudah diperalatkan oleh DAP yang sentiasa menjadi oportunis berstrategi hatta oleh Tun Mahathir sekalipun yang tentunya “the Maverick of all times“.

8. Semasa ucaptama Anwar baru-baru ini, kita boleh ambil keseluruhan teks beliau itu sebagai menunjukkan dia ‘political beast‘ yang memang rakus malah daredevil yang sudah diuji lasak dan pernah dilumatkan oleh kawan dan lawan, kerajaan dan pembangkang, parti dan NGO, ulama dan ahli akademik. Itulah Anwar Ibrahim, mula dihidu sejak zaman Tun Razak dan muncul sebagai wira ABIM lalu kemudian dikutip-bela sebagai anak didik politik UMNO oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad.

9. Soal sama ada kali ini Anwar benar-benar akan berjaya atau tidak dan kali ini beliau ‘bercengkerama’ secara diam dan sulit dalam kelambu dengan pucuk pimpinan UMNO masih sukar dicongak dalam suasana percaturan politik yang sangat volatile dan tidak menentu – jatuh bangunnya parti mana dan siapa yang benar-benar mampu mencatur kepimpinan negara mengikut rentak mereka sekarang ini.

10. Politik menurut tokoh Islam al-Mawardi, ialah untuk “menegakkan Deen (agama) dan menyusun dunia dengannya” berasaskan dan berlandaskan syariat yang menjadi pengukur dan pembatasnya, yang juga menjadi dasar, hala tuju dan corak pemerintahan seorang penguasa politik atau pemimpin. Oleh yang demikian, ia amat fleksibel sebagaimana kajian politik Barat dengan konsep political liberalism ala Niccolo Machiavelli bahawa dalam politik “there’s no permanent friend or foe“. Ini bermakna semua boleh berubah dan tiada yang tetap.

11. Jika itu suratannya, pemain politik hanya bersandiwara di atas pentas manakala rakyat hanya melopong mengangguk, menepuk menyokong atau menjerit membantah atas sesuatu isu yang dilontarkan di sebalik permainan politikus untuk merebut kuasa. Akhirnya hanyasanya the brightest and strongest politician akan meraih kuasa dan menjulang mahkota kedudukan yang dikejarnya. Manakala bagi yang kalah pula akan terus kecundang di bucu gelanggang.

12. Sejarah mengajar kita hanya segelintir yang benar-benar berpengalaman sahaja mampu bangkit semula mencatur langkah baru untuk mengambilalih sebaik sahaja peluang terbuka untuknya. Itulah hakikat putaran hidup palsu politikus oportunis yang hanya memikirkan kepentingan diri sendiri. Mangsa mereka sentiasalah rakyat yang ramai ini. Moga rakyat lebih cerdik dalam PRU-15 nanti.

Haji Rashidi Haris

Ketua Media MUAFAKAT

Ketua Komunikasi & Multimedia PEMBELA

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts