AMALAN KESIAPSIAGAAN HADAPI BENCANA, BERSEDIA SEBELUM MUSIBAH

104
SHARES
335
VIEWS

Oleh Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek

Sekadar catatan.

Dalam tahun 2017 kabinet telah umumkan bulan Oktober setiap tahun sebagai bulan kempen Kesiapsiagaan Negara. Rujuk pautan;

https://www.astroawani.com/video-malaysia/oktober-bulan-siapsiaga-hadapi-bencana-1737877

Kaedah ini diambil dari Jepun dan AS . “National Preparedness Month“. Perlunya kempen sebulan mengingatkan rakyat tentang kemungkinan bencana alam yang biasa berlaku di hujung atau awal tahun.

Kesiapsiagaan bermula dari prinsip, “sekiranya bersedia, tiada apa yang perlu dirisaukan”. Di bulan kesiapsiagaan semua pihak terutama di akar umbi, akan ditanya dan disedarkan dengan pertanyaan ‘if‘ atau ‘sekiranya’ tadi.

Pepatah inggeris, “an ounce of prevention is worth a pound of cure“.

Sekadar catatan.

Satu ketika dahulu menyeru penduduk pindah dengan bot semasa banjir satu cabaran. Ramai yang hanya hendak pindah apabila air sampai ke tahap paling kritikal. Amat berbahaya. Terutama bila malam dan air semakin deras.

Amalan kesiapsiagaan mengubah semua ini. Belajar daripada Jepun. Berpindah sebelum air naik. Banjir boleh diramal. Berapa banyak hujan turun dan apakah bertembung dengan air laut pasang. Semua boleh dihitung. Ada kalendar air pasang. Kaedah ini banyak harta dan nyawa selamat.

Paling penting persiapan di tempat perpindahan. Selamat dan selesa. Makan minum yang baik. Tandas dan tempat mandi. Tempat melayani kanak-kanak. Penjagaan kesihatan.

Air menyejukkan tetapi ia menjadi punca tekanan (stress). Menguruskan stress sebelum, semasa dan selepas banjir adalah cabaran yang mesti difikirkan bersama.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts